Connect with us

#news

Tuntutan UEC – Gelombang Rakyat Berjaya Buat Hua Zong Tunduk Berdiam Diri

Apabila Hua Zong mengeluarkan isyarat meminta semua organisasi yang ditubuhkan oleh bangsa Cina di Malaysia ’berdiam diri‘ pada seketika, ia membuktikan bahawa rakyat Malaysia berjaya menolak tuntutan mereka untuk mendapatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dimana tuntutan itu sudah terang lagi bersuluh bercanggah dengan Perlembagaan dan Dasar Pendidikan.

Haji Aminuddin Yahaya selaku Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia percaya bahawa bukan organisasi Cina sahaja akan berdiam diri, malah parti lain yang berasaskan kaum seperti MCA dan DAP juga akan merendahkan suara berkenaan isu diatas.

Haji Aminuddin mengatakan bahawa Hua Zong mempunyai kuasa pengaruh yang kuat terhadap parti politik berkenaan (MCA, DAP) sebab undian yang dilakukan oleh bangsa Cina sangat dipengaruhi oleh NGO-NGO Cina sekaligus bergabung di bawah Hua Zong.

“Menurut Pengerusi Terhormat Hua Zong, Tan Sri Lim Huah Leong dalam laporan akhbar berbahasa Cina, beliau menyeru pemimpin-pemimpin pertubuhan (NGO) Cina untuk ‘berdiam diri’ dalam beberapa isu termasuklah untuk tidak berbincang secara terbuka mengenai UEC kerana risau mereka akan terjerumus ke dalam perangkap.

“Alhamdulillah, tahniah kepada NGO-NGO Islam, NGO-NGO pendidikan dan rakyat sekalian yang telah bersuara mengecam gabungan NGO-NGO Cina (Hua Zong) yang telah berjumpa dan meletakan tuntutan-tuntutan khususnya mengenai pengiktirafan UEC daripada Perdana Menteri baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dahulu, Tan Sri Huah Leong mendesak organisasi Cina untuk tidak bincang secara besar-besaran berkenaan UEC selain itu isu melibatkan agama, budaya, pendidikan dan kaum.

Dengan tegas, dia bersuara mengenai situasi politik hari ini tidak konsisten.

Jika pemimpin organisasi Cina yang lain degil dan masih meminta pengiktirafan UEC, barangkali mereka akan jatuh kedalam perangkap sekali gus akan ’buka pintu‘ kepada ahli politik yang lain untuk mengambil kesempatan, wujudkan dan guna imej wira bangsa.

“Janganlah menjadi semut yang terkorban dalam pertarungan antara gajah-gajah,” katanya seperti dilapor portal Malaysiakini, pada 20 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, ISMA, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) serta NGO Islam lain akan terus menjadi badan ‘check and balance’, khususnya dalam isu identiti nasional, kedaulatan Islam, hak Melayu dan Bumiputera serta Raja-Raja Melayu.

“Jika mereka ada gabungan NGO-NGO Cina yang bernama Hua Zong, kita orang Melayu ada gabungan NGO-NGO kita sendiri iaitu PEMBELA.

“NGO akan terus berperanan sebagai ‘check and balance’,” katanya.

Sumber: ismaweb

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya