Connect with us

#news

Tutup Sekolah – Ini kata Kementerian Pendidikan Ekoran Peningkatan Kes

Kes Covid-19 yang meningkat semula di Malaysia membuatkan rakyat tidak senang duduk kerana jangkitan telah melibatkan pelajar sekolah. Ramai berpendapat supaya kerajaan memberi perlaksanaan untuk menutup semua sekolah kecuali yang akan menghadiri peperiksaan penting sahaja.

Hari ini, keperluan untuk menutup semula sekolah berkenaan penularan Covid-19 dibincangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah.

Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan memaklumkan KPM akan memantau proses sesi persekolahan menerusi JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di peringkat negeri. Untuk makluman, Pengarah JPN merupakan ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPPN).

Tutup Sekolah - Ini kata Kementerian Pendidikan Ekoran Peningkatan Kes

“Selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di negeri Sarawak pada 29 Julai lalu, JPPN Sarawak dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 buah sekolah di daerah Kuching.

“Ini melibatkan 87 buah sekolah di bawah PPD Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan), dan 27 sekolah (PPD Samarahan). Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos lalu telah ditangguh ke 17 Ogos.

“Bagaimanapun, kelas bagi prasekolah, Tingkatan 5 dan 6 beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD tersebut,” katanya menjawab persoalaan dari Teo Nie Ching (PH-Kulai) pada sesi soal jawab mengenai jika KPM merancang untuk menutup sekolah di Zon Merah Cov-19, seperti Kuching, Sarawak.

Untuk negeri Kedah, Radzi menyatakan 4 mukim iaitu Mukim Hosba, Mukim Binjal, Mukim Padang Serai dan Mukim Ah telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar bermula 2 Ogos.

Ekoran daripada itu, beliau turut mengatakan bahawa dengan persetujuan antara JPPN Kedah dan KPM, pihak itu memutuskan untuk menutup 4 buah sekolah dibawah kawalan PPD Kubang Pasu, sebuah di bawah kawalan PPD Padang Terap bermula dari 2 Ogos sehingga 29 Ogos.

Soalan tambahan dari Teo dijawab, berkenaan KPM mencadangkan untuk menutup sekolah di Sabah ekoran kes positif yang terdapat di sana, dalam kalangan murid-murid, Radzi menjawab ia akan dilihat berdasarkan statistik kes.

“Jika ada keperluan untuk menutup sekolah tersebut, kami di KPM, berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaan negeri (akan) berbincang (dan) kita bersedia (untuk tutup sekolah).

“Setiap kes yang berlaku berbeza, seperti di Sarawak banyak sekolah (dengan) lebih 200 buah sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup lima sekolah berdasarkan kes yang ada dan berdasarkan risiko dan cara menangani risiko tersebut,” katanya.

Sekolah telah dibuka pada 15 Julai yang lalu

Pada 15 Julai, sesi persekolahan telah beroperasi untuk Pelajar Tingkatan 1 hingga 4 dan kelas peralihan, Murid Tahun 5 dan 6. Radzi mengatakan untuk murid Tahun 1 hingga 4, mereka boleh memulakan sesi persekolahan pada tarikh 22 Julai lalu.

“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.

“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan kementerian pula, mereka juga disaran turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.

Tambahan, kelas prasekolah Kementerian Pendidikan, TADIKA atau TASKA akan beroperasi bermula pada hari ini.

Sumber: mysumber.net

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya