Tvlar ‘rider’ tk lari lepas terIanggar kereta, Fasha Sandha jemput datang rumah siap dapat sesuatu dari adinda YDP Ag0ng

Baru-baru ini, tular di aplikasi TkTok apabila seorang rider penghantar makanan telah melanggar kereta seorang individu.

Tindakannya yang beradab dengan tidak lari serta berniat mahu membayar ganti rugi dipuji kerana berlaku jujur serta bertanggungjawab.

Langgar kereta tapi tak lari. Jadi, pemilik kereta tersebut yang juga berhati baik telah memaafkan dan tidak memperbesarkan insiden yang telah terjadi.

Fasha Sandha nak jumpa bagi hadiah. Disebabkan itu, aktres hebat, Fasha Sandha telah berasa tersentuh dengan sikap pemuda tersebut dan berniat mahu bertemu serta memberikan hadiah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Jemput datang rumah. Menerusi posting terbaru pelakon itu, dia sudahpun bertemu dengan rider yang dikenali sebagai Shahril Bin Zakaria dan menjemput datang kerumah.

Dapat hadiah makanan dari adinda YDP Agong
Lebih mengembirakan, Fasha akui tidak sangka apabila Adinda Bongsu YDP Agong, Tengku Dato’ Hajjah Shahariah Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sudi mengirimkan makanan buat mereka bagi sama-sama menjamu rider tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Bersyukur dengan rezeki yang diberi. Ujar pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu, baginda telah menghantar direct message (DM) kepadanya menyatakan ingin menghantar makanan ke rumah selepas mengetahui perihal rider tersebut.

Fasha akui begitu terharu dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi ingatan kerabat diraja kepada rakyat biasa sepertinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Terdahulu, video seorang pemuda berusia 19 tahun yang tular di media sosial telah mendapat pujian ramai.

Dia yang tidak sengaja melanggar kereta seorang lelaki telah menunggu dan memohon maaf diatas kesalahan yang dilakukan.

Apa yang membuatkan netizen terharu adalah sikap kedua-dua mereka yang begitu beradap serta saling bertolak ansur tanpa mencetuskan sebarang pergaduhan.

Sumber : oh my media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*