2 kali perkahwinan gagal, kini ibunya berusia hampir 60 tahun. Wanita 34 tahun redha kali ini mempunyai ayah baru yang lebih muda darinya, tak sangka jarak usia

MELIHAT ibu yang sedang meniti usia emasnya berkahwin lagi bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh sebilangan individu.

Apatah lagi jika usia bakal bapa tiri mereka jauh lebih muda daripada anak-anak sendiri.

Tetapi bagi seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Ecah, usia bukanlah halangan bagi seseorang itu untuk mencari kebahagiaannya sendiri.

Ecah, 34 telah berkongsi rakaman majlis pernikahan ibunya, Norlida Mohamed Salleh yang berusia 59 tahun dengan “Abie”, Muhammad Sabree Razaman yang berusia 22 tahun, mengakui mereka anak-anak pada awalnya terkejut apabila mendapat tahu tentang hubungan ibu mereka.

Katanya, mereka semua, 6 beradik bagaimanapun, percaya bahawa bapa tiri mereka ini ikhlas dan mampu membahagiakan ibu tersayang.

’’ Pada mulanya saya macam terkejut dapat tahu sebab Abie masih muda, sampailah tahap dia ingin menghalalkan hubungannya dengan mama, jadi kami pikir dia ikhlas dan tulus ingin bahagiakan mama.’’

’’ Sebelum berkahwin dia ada bertemu kami adik beradik beritahu bahawa dia ingin berkahwin dengan mama, kami semua ok je,” katanya yang tinggal di Jelebu, Kuala Klawang, Negeri Sembilan.’’

Norlida dan Muhammad Sabree bernikah pada 17 September lalu.

Selain adik beradik, majlis perkahwinan ibunya yang berlangsung pada 17 September lalu juga mendapat restu saudara mara termasuk nenek Ecah.

Menurut Ecah, sebelum bernikah, ibunya telah meluahkan tentang keikhlasan Abie yang selalu mengambil berat dan menjadi pendengar yang baik kepada ibunya.

’’ Dia kata Abie boleh membuatnya bahagia dan keikhlasannya sangat terlihat bila kad bank, bahkan duit gaji pun dia menyuruh mama pegang.’’

’’ Dia juga selalu ambil berat, bertimbang rasa dan menjadi pendengar yang baik buat mama,” katanya ketika di hubungi.

a

Ecah menyerahkan cincin perkahwinan kepada kedua mempelai.

Bercakap mengenai pertemuan pertama antara ibunya dan Abie, Ecah mengatakan bahawa mereka berkenalan 2 tahun lepas ketika Abie singgah di kedai runcit Argo Bazar tempat dimana ibunya bekerja.

’’ Mereka kenal selama 2 tahun, kenal masa tu Abie pergi gunting rambut dan kebetulan kedai gunting rambut tu bersebelahan dengan kedai mama bekerja dan dia singgah beli barang.’’

’’ Dari situ mereka kenal. Abie saya memang bujang, tak pernah berkahwin sebelum ini,” katanya yang bertugas sebagai seorang guru.

Lumrah manusia untuk hidup berpasangan, dan itulah yang dipegang Ecah yang menerima pernikahan ketiga ibunya dengan hati terbuka.

’’ Saya boleh terima jika itu membahagiakan dia sebab mama saya pernah berkahwin dua kali dan dua-dua perkahwinan tersebut gagal, jadi saya kesian tengok mama.’’

’’ Lumrah manusia berpasangankan, kita nak ada teman hidup di sisi, janji dia bahagia,” katanya.

a

Norlida dan Muhammad Sabree berkenalan dua tahun lepas.

Menurut Ecah, ayah kandungnya yang kini tinggal di Johor juga telah berkahwin lain.

Perkongsian rakaman perkahwinan ibunya di TikTok mendapat reaksi daripada pengguna media maya, ada yang positif, tetapi tidak kurang juga yang melemparkan tuduhan bahawa ibunya seorang wanita kaya, sehingga menarik minat lelaki muda.

Lumrah dan fitrah manusia berpasangan, kita mempunyai keinginan ada teman hidup di sisi, janji dia bahagia.

Mengakui terguris dan tersinggung dengan komen-komen berkenaan, Ecah mengatakan bahawa mereka sekeluarga hidup bersederhana.

’’ Bila terbaca tu memang marah juga la sebab kami ni bukan orang kaya, hidup sederhana je.’’

’’ Mama tak kaya, tak kerja pun, sebab tu saya keluarkan satu lagi video untuk jelaskan,” katanya, menambah Abienya bekerja di syarikat SWM Environment Sdn Bhd.

Menurut Ecah, walapun jauh lebih berusia daripada Abienya, dia tetap menghormati bapa tirinya dan hubungan mereka sama seperti bapa dan anak yang lain.

’’ Hubungan kami okay je, macam bapa dengan anak.’’

’’ Perasaan saya pun biasa ja walaupun dia muda kami tetap hormat,” katanya.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.