‘Apa Yg Korang Semua Tak Puas Hati Sangat Ni. Isteri Aku Dalam Pantang Pun Tak Abis2 Nak Gnggu..’ – Suami Izreen Azminda Bersuara

” Hentikanlah benda tak berfaedah ini..”

Itulah permintaan pemuzik, Ude Wahid yang memohon dan meminta semua pihak agar tidak mengg4nggu serta mencampuri urusan rumh tngga dengan isterinya, Izreen Azminda.

Melalui Instagram Story yang dimuat naik oleh Ude, dia tidak tahu mengapa ramai orang tidak senang dan tak puas hati dengan kehidupannya dengan Izreen sehingga ke hari ini.

” Sudah-sudah la korang ni nak gnggu rumh tngga aku. Apa la yang korang semua tak puas hati sangat?

” Tak boleh ka tengok aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Aku tak kacau korang pun kan. Tak gnggu hidup korang pun kan.

” Tak habis-habis nak gnggu isteri aku yang dalam pantang. Aku tak faham betul manusia macam ni. Aku tak boleh brain. Stop benda tak berfaedah ni.

Menurut Ude, ada segelintir individu dipercayai masih menggnggu kehidupannya bersama isteri dan anak-anak.

Sebagai suami, Ude meluahkan rasa beng4ng apabila isteri tercinta terpaksa menerima mak1an dan cac1an sepanjang tempoh berpantang kali ini.

” Nak dm m4ki-m4ki sampai h1na anak kami yang tak bersalah ni. Apa d0.sa budak tu dengan korang semua ya? Bertaubatlah. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua..” tulis Ude.

Tambah Ude, dia tidak tahu apa salah anak-anaknya sehingga terpaksa menerima pelbagai komen negatif daripada ntizen.

Terdahulu kisah membabitkan Izreen dan bekas madunya hangat diperkatakan apabila mereka dipertemukan dalam satu temubual pada 15 Mei lalu.

Ketika itu Izreen mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada bekas isteri suaminya Ude iaitu Intan Liana Saleh selepas dipertemukan pada rakaman program Melodi Raya.

Menurut laporan HarianMetro, pelakon berusia 36 tahun itu meluahkan rasa syukur akhirnya mereka bertentangan mata selepas empat tahun dan menganggap doanya selama ini dimakbulkan Allah SWT.

” Alhamdulillah, syukur pada Allah. Apabila pihak Melodi bertanyakan perkara ini, saya okay dan tidak ada apa-apa halangan. Bukan sebab ia untuk program, tapi saya memang sudah lama menantikan peluang ini.

” Apabila dia pun sudi dan bersetuju datang, bagi saya ia satu rahmat. Saya cakap pada diri, doa saya dimakbulkan Allah. Kiranya ini adalah pertemuan pertama kami selepas empat tahun.

” Bagi saya, apa saya nak buat selama ini, Melodi sudah realisasikan untuk saya. Ibaratnya Melodi menjadi orang tengah,” katanya.

Pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu berkata, dia mengakui jujur memohon maaf yang lahir dari hati sebanyak tiga kali sepanjang pertemuan tersebut.

” Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya. Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama.

” Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf. Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak,” ujarnya.

Terdahulu, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin dengan Izreen secara rahsia pada Ogos 2017 sebelum menceraikan Intan pada Mac 2018.

Ude dan Intan mendirikan rumh tngga pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Sementara hasil perkahwinan dengan Ude yang juga pemuzik dengan Izreen pula mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Menerusi perkahwinan pertama bersama bekas suami Muhamad Riza Baharudin, Izreen dikurniakan cahaya mata sulung Muhammad Adrian Umar.

Kisah mengenai hbungan antara Izreen dan Intan telah sekali lagi mendapat perhatian beberapa hari lalu apabila Intan membuat vdeo parodi “Kau cantik? R4mpas hak orang tak? R4mpas? Lemah.” yang hangat diperkatakan.

Sumber:obuIan

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.