Ummi Nazeera lega anak terjatuh sampai dagu terbelah selamat terima rawatan

Pelakon, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 28, melahirkan rasa lega dan syukur apabila proses rawatan dan menjahit luka di bahagian dagu anaknya berjalan dengan lancar, semalam.

Menurut Ummi, anaknya, Ayra Aneesah,3, mengalami luka akibat terkena penutup tin biskut dan terjatuh ke lantai dalam kejadian kelmarin.

“Alhamdulillah, semalam dah selesai proses merawat dan menjahit luka di dagu dia. Buat masa sekarang ini, saya masih belum jumpa doktor lagi, jadi tak tahu berapa jahitan kena.

“Sebelum lakukan proses jahitan itu, doktor bius untuk beri dia tidur sebab takut dia tak beri kerjasama. Selepas selesai proses itu, dia tidur saja. Tapi sekarang dah bangun dan boleh makan,” katanya.

Ummi berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi bagi mengulas keadaan terkini anaknya itu.

Selain itu, menurut Ummi, terdahulu Ayra dikejarkan ke hospital selepas suaminya yang juga seorang doktor iaitu Dr. Izzar Anwari mendapati luka di dagu anak mereka itu terlalu dalam.

“Dia sedang main dengan penutup tin biskut dan tangan atas bekas dan lantai licin,tangan tak sempat nak lindung dagu lalu terjatuh atas lantai dan menyebabkan dagu terbelah.

“Memang dia terus menangis selepas jatuh. Izzar tengok dalam juga luka itu dan terus bawa ke hospital. Ayra meraung juga ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Sebelum ini, Ummi berkongsi berkongsi keadaan dan gambar anaknya di hospital selepas mengalami kecederaan ketika sedang bermain sehingga terjatuh mengakibatkan dagunya terbelah.

Pelakon tersebut juga memohon doa orang ramai buat anak perempuannya itu yang menjalani pembedahan pagi semalam.

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan doa daripada rakan selebriti dan wargamaya yang mendoakan kesembuhan dan kelancaran pembedahan Ayra.

Ummi mendirikan rumah tangga bersama Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017.

Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018 dan Aysha Arsylia pada Jun lalu.

kredit: utusan

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.