Pelajar UMK maut MPV bertembung lori

ROMPIN – Seorang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 118 Jalan Kuantan-Segamat di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyaksikan kenderaan jenis Toyota Avanza dipandu mangsa, Nur Amirah Syahirah Samsudin, 21, terbakar sejurus selepas mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Segamat menuju ke bandar Muadzam Shah.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu MPV dipercayai hilang kawalan dan secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori.

“Akibat kejadian mangsa yang memandu kenderaan jenis Toyota Avanza itu tercampak keluar daripada kenderaanya dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Kamarulzaman kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, siasatan awal mendapati jalan basah akibat hujan ketika kejadian dan lokasi jalan adalah berselekoh dengan sistem jalan tiga lorong dua hala.


“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan ini berpunca daripada kecuaian pemandu MPV kerana gagal mengawal kenderaan sehingga berlakunya kemalangan,”ujarnya.

Sumber: K! ONLINE BH FB

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.