Uncle menggigil kutip pinggan selepas dit3ngking kotorkan baju pelanggan, usahawan saksi kejadian cuma mampu hulur duit

SIAPA pun kita, budi bahasa mestilah diutamakan.

Dalam zaman moden dan semakin maju, budi bahasa dan adab tidak seharusnya dilupakan walau setinggi mana pun pangkat, umur atau darjat seseorang.

Seorang wanita berkongsi video di laman sosial menunjukkan seorang lelaki warga Bangladesh sedang sibuk mengemas meja-meja kotor di medan selera di sebuah pusat beli belah di Shah Alam, Selangor.

Ketika dihubungi mStar, Wiwi Eriana Mohd Bakri menceritakan semula tentang kisah sedih bagaimana lelaki sudah lanjut usia tersebut yang dipanggil ‘uncle’ dim4rahi oleh seorang pelanggan.

“Lepas beberapa hari kita beraya, malam tu saya bawa anak-anak pergi makan dengan kawan baik saya. Semua restoran dalam mall padat dengan manusia jadi kami pergi dekat food court. Bila sampai situ rupanya sama juga ramai orang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kami cari meja kosong nak duduk tapi tak ada. Yang ada pun penuh dengan pinggan mangkuk dan cawan kotor pelanggan tinggal belum dikemas jadi kami terp4ksa tunggu.

“Tak sampai lima minit ada seorang uncle ni datang cuci meja cepat-cepat lepas nampak kami menunggu. Lepas dah bersih kami terus duduk dan uncle ni pun beredar bawa troli penuh pinggan kotor kemas meja lain sebab masih ramai lagi tengah tunggu,” ujarnya yang senang disapa Wiwi.

Bercerita lanjut, wanita yang menetap di Meru, Klang ini berkata matanya asyik memerhati kerajinan dan ketekunan uncle tersebut mengemas dengan cepat bagi membolehkan lebih ramai pelanggan mendapat tempat duduk.

Gambar Wiwi bersama anaknya semasa berada di kedai makan sebelum kej4dian.

Namun Wiwi tidak menyangka melihat pakcik yang leka mengutip pinggan mangkuk itu tiba-tiba dim4rahi oleh seorang lelaki dalam lingkungan usia 30an hingga 40an.

“Saya perhati tangan uncle tu tangkas buat kerja. Bila dia nampak orang beredar je terus dia bersihkan meja tu cepat-cepat. Mungkin dia faham musim raya ni orang lapar sebab tu ramai keluar cari makan.

“Ada satu masa tu uncle tak perasan ada seorang ‘abang’ ni dekat belakang dia jadi dia tak sengaja terl4nggar abang tu. Baju Melayunya kotor terkena sisa makanan. Dari pandangan saya tak nampak teruk pun sebab terl4nggar sedikit saja. Tapi abang tu ‘bising’ dekat uncle tu sebab buat kerja tak pandang orang.

“Saya kesian bila tengok uncle dengan muka penat kena minta maaf dekat orang tu dan mengaku dia tak perasan. Bagi saya abang tu kurang ajar bila m4rah uncle tu suruh buat kerja betul-betul depan khalayak macam tu sedangkan bukan dia sengaja nak l4nggar,” kata Wiwi.

Uncle sedang tekun mengutip pinggan dan cawan kotor.

Wiwi yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik ini berkata, lelaki itu kemudian terus beredar tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bersalah kerana berk4sar dengan uncle yang lebih berusia.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, dia berasa kasihan terhadap warga asing itu apabila melihat raut wajahnya kelihatan gel1sah setelah dim4rahi pada ketika itu.

Malah, selepas dim4rahi uncle tersebut berusaha mengutip semua pinggan dengan lebih cepat dan meletakkan troli lebih jauh daripada pelanggan.

“Uncle nampak ris4u sangat lepas kejadian tu. Lepas dia tolak troli jauh tu, dia berjalan dari meja ke meja dan angkut semua pinggan mangkuk sebab t4kut terkena orang lain pula.

“Rasa seb4k pula sebab tengok dia dengan kudrat badan dah tak berdaya sampai menggigil-gigil bawa pinggan kotor jauh-jauh. Bila saya nampak uncle ni dah tak sibuk sangat, saya cuba ajak dia berborak.

Wiwi merupakan seorang usahawan makanan sejuk beku.

“Bila ditanya rupanya dia belum makan lagi. Dia lebih utamakan orang lain sebab tahu musim raya ni memang semua orang lapar cari makan dekat luar. Dia faham sebab dia pun sudah 14 tahun dekat Malaysia. Lagi sedih bila uncle ni cakap tahun ni tak balik beraya sebab nak cari duit,” tambah Wiwi.

Mendengar kisah lelaki itu membuatkan naluri hati seorang ibu menjadi lebih p1lu apatah lagi mengimbas kejadian yang disaksikan di hadapan mata.

Walaupun ditawarkan untuk belanja makan, lelaki berkenaan menolak kerana lebih mementingkan kerjanya justeru Wiwi membantu cara lain dengan memberi sejumlah wang kepadanya sebagai hadiah.

Wiwi yang merupakan seorang usahawan dan juga pengasas makanan sejuk beku mengakui berasa begitu terkesan dengan apa yang berlaku pada malam itu apatah lagi ia melibatkan lelaki tua warga asing yang begitu tekun bekerja di negara orang.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

Sumber: mstar

Check Also

Beri selipar yang dipakai kepada warga emas berk4ki ay4m tepi jalan… Pemuda ini dapat ‘tabik’ hormat netizen

SEBAGAI umat Islam, kita sememangnya dituntut untuk berbuat baik sesama manusia dan m4khluk lain. Walau …

Leave a Reply

Your email address will not be published.