Uncle Kentang Diiktiraf Ratu Elizabeth II, Bakal Terima Anugerah ‘Point Of Light’

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, apabil aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bakal menerima anugerah ‘Point of Light’ daripada Ratu Elizabeth II

Ianya kerana di atas usahanya membantu golongan yang kurang berkemampuan dan kerja-kerja amal kepada masyarakat yang dilakukannya sebelum ini.

Satu perkataan yang boleh digambarkan tentang Pak Cik Kuan atau lebih dikenali Uncle Kentang ni ialah ‘salute’ dengan sikapnya.

Ramai yang kenal Uncle Kuan ini. Walau berlainan bangsa tetapi beliau banyak membantu masyarakat malah amat “popular” di kalangan golongan tidak berkemampuan kerana banyak perkara baik dilakukannya.

Misalannya memperkenalkan tambang teksi hanya 10 sen, van jenazah dan banyak lagi kebaikan dilakukannya kepada golongan susah kerana katanya KITA SEMUA ANAK MALAYSIA.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh aktivis berusia 58 tahun menerusi hantarannya di Facebook pada Sabtu lalu yang memaklumkan dia menerima emel mengenai penganugerahan itu.
Katanya, dia menerima makluman berhubung anugerah tersebut menerusi e-mel dan menyifatkan ia sebagai satu penghargaan yang bermakna serta kejutan buatnya.

Salam sayang dan kasih. Terima kasih kepada congratulatory notes mengenai Points of Light Award oleh Her Majesty Queen…

Posted by Kuan Chee Heng on Saturday, May 22, 2021

“Saya menerima emel memaklumkan saya akan menerima Anugerah Points of Light daripada Ratu Elizabeth II tidak lama lagi. Ia sememangnya satu penghargaan besar kepada kita semua dalam membantu golongan memerlukan.

Beliau berharap anugerah itu dapat menjadi penguat semangat kepada masyarakat untuk membina sebuah negara majmuk yang bersolidariti serta serta saling bantu-membantu tanpa mengira kaum, agama, politik dan darjat.

“Saya berkongsi pengiktirafan ini dengan anda semua yang menyokong dan memberi galakan kepada kami untuk terus membantu orang di luar sana,” tulisnya.

“Ini merupakan satu penghargaan dan kejutan besar buat saya yang dipilih bagi menerima anugerah ini.

“Tidak salah jika saya katakan yang anugerah ini adalah untuk anda semua,” katanya.

‘Point of Light’ merupakan anugerah yang dikurniakan kepada individu dari negara anggota Komanwel sebagai tanda pengiktirafan kerja sukarelawan insan yang membuat perubahan dalam komuniti mereka.

Malah menerusi pencarian di laman web rasmi pointsoflight.gov.uk, aktivis berusia 58 tahun itu menjadi rakyat Malaysia keempat yang menerima penghormatan itu sejak diperkenalkan pada 2018.

Anugerah itu diperkenalkan sejak 2018 lagi dan susulan kejayaannya, Ratu Elizabeth II membuat keputusan untuk meneruskan penganugerahan berkenaan kepada sukarelawan yang berbakti kepada masyarakat.

Selain itu, Kuan menjelaskan, dia dijangka akan mengambil sijil penghargaan di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain pada 12 Jun nanti.

“Saya dengan rendah diri memaklumkan penghargaan itu bukan untuk saya sendiri, tetapi ia adalah hak anda semua dan hak rakyat Malaysia yang ‘gila menderma’, ‘gila membantu’ dan ‘gila’ memberi sokongan terhadap inisiatif kita,” tulisnya lagi.

Jadi memang layak lah anugerah ini diberikan kepada beliau kerana banyak melakukan sumbangan amal kepada golongan yang memerlukan baik dalam bentuk barangan keperluan, termasuk wang hingga perkhidmatan ambulans percuma serta mewujudkan polis komuniti.

Turut menerima anugerah tersebut sebelum ini ialah Doktor ‘Teddy Bear’, Dr Madhusudhan Shanmugam; Pengasas gerakan ‘Zero Waste Malaysia’, Khor Sue Yee dan Aurora Tin; serta penyelidik penyu air tawar, Dr Chen Pelf Nyok.

Wah..tahniah Uncle Kuan dan semua yang terlibat menerima anugerah, moga anugerah ini menguatkan lagi semangat semua untuk membantu orang yang susah. Korang bila nak jadi macam uncle Kuan? Tak kan nak tengok je kan…

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …