Connect with us

#celeb

Undang Sebak, Ibu Ashraf Sinclair Tinggal Pesan Khas Buat Lagu Baru BCL

Bonda kepada Allahyarham pelakon Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman mengatakan hadiah terbaik untuk mereka sekeluarga adalah lagu baru yang dinyanyikan oleh Bunga Citra Lestari (BCL) bertajuk 12 Tahun Terindah.

Lagu itu diciptakan bukan sahaja sebagai tanda mengingati Allahyarham Ashraf, tetapi ia juga menjadi punca kekuatan penyanyi itu untuk meneruskan kehidupan bersama anak, Noah Sinclair, kata Khadijah atau dikenali sebagai Dida.

Kata Dida:
“12 Tahun Terindah… Alhamdulillah, sebuah hadiah terindah daripada Allah SWT untuk insan tersayang Bunga dan Allahy4rham Ashraf.
“Satu hadiah yang akan Bunga hargai dengan seluruh hidupnya untuk membawa Noah menjadi anak soleh… semua diajar oleh arw4h kini ada dalam diri Noah.

Ibu Ashraf Sinclair Tinggalkan Pesan Khas Bu

Dida mencoret ucapan tahniah dan minta Bunga terus kuat.

“Doaku semoga Bunga dirahmati Allah SWT, tetap kuat dan berada dalam keadaan baik, bahagia dan bersyukur serta sentiasa menyumbang… satu legasi yang ditinggalkan Ashraf untuk Bunga, Noah dan kami semua,” luahnya menerusi akaun laman sosial Instagram.

BCL mengeluarkan lagu baru itu pada Ahad lepas setelah pemergian suami tercinta mencecah lima bulan. Video lagu itu telah dimuat naik di platform video Youtube.

Video itu merekodkan koleksi rakaman waktu indah BCL bersama Allahyarham Ashraf dan antara yang terindah sewaktu kali pertama dia bertemu dengan Allahyarham Ashraf di sebuah rancangan televisyen terbitan ASTRO pada 2007 sebelum menjadi pasangan suami isteri.

Ibu Ashraf Sinclair Tinggalkan Pesan Khas Bu

Lagu 12 Tahun Terindah menyentuh hati ramai peminat.

Selain waktu indah antara BCL dan Ashraf, anak lelaki mereka, Noah Sinclair juga turut direkodkan dalam muzik video sebagai simbol kekuatan penyanyi itu menggantikan Arwah Ashraf.

Muzik video itu kini mendapat lebih enam juta tontonan dan lebih 65,000 komen dari netizen yang melihat muzik video itu. Sementara itu, Dida meminta BCL untuk terus bergerak kedepan dan menyambung kariernya sebagai penyanyi.

“It’s time to take another step to move on… kami bersamamu Bunga. Besar cinta daripada keluarga besarmu di Malaysia. Tahniah atas penghasilan 12 Tahun Terindah, berkongsi dan menghiburkan kami semua. Alhamdulillah!,” ujarnya.

Kami dari Malaysia sentiasa menyokong Bunga Citra Lestari dan kami doakan agar Bunga sentiasa kuat meneruskan kehidupan biarpun kehilangan suami tercinta. Semoga Yang Maha Esa mempermudahkan urusannya. Aamin!

Sumber: mStar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya