VIDEO | Pemuda Tak Sangka, Rezeki Nikah Dua Janda Muda Serentak

Video di akhir artikel ini

LAZIMNYA upacara akad nikah melibatkan antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Namun begitu, istimewa buat seorang pemuda, Korik Akbar apabila menikahi dua wanita pada majlis yang sama.

Ketika ditemui Korik berusia 20 tahun memaklumkan bahawa tidak pernah mempunyai perancangan untuk menikahi dua wanita sekali gus.

“Tidak pernah ada perancangan, tapi ini adalah jodoh,” katanya yang berasal dari Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Bertambah menarik, kedua-dua isteri lelaki tersebut berstatus janda muda.

Video yang memaparkan majlis pernikahan Korik dengan Khusnul dan Yun secara serentak menjadi tular di internet dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum mereka terhadap lelaki tersebut.

Dalam majlis yang dikatakan berlangsung di Lombok itu, seorang lelaki yang lengkap dengan persalinan pengantin sedang duduk sambil diapit oleh dua orang pengantin perempuan cantik.

Turut berada di hadapan mereka ialah seorang lagi lelaki dipercayai jurunikah kelihatan bersiap sedia untuk menikahkan pasangan tersebut.

Majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh tetamu yang duduk di atas sebuah permaidani di hadapan pasangan pengantin.

Menurut Korik, sekitar tahun 2011 dia menjalinkan hubungan bersama Khusnul Hotimah berusia 20 tahun.

Lima tahun kemudian berkenalan pula dengan Yun Nitanuri, 21, selepas wanita itu bercerai.

Kecewa dengan Korik yang dikatakan ‘curang’, maka Khusnul memutuskan hubungan lalu mengahwini calon pilihan ibu bapanya.

Pun begitu, baru-baru ini menyedari Korik bakal menikahi Yun, Khusnul hadir ke majlis lengkap dalam persalinan pengantin dan minta dimadukan.

Baca juga Baru saja nikah, terus lafaz cerai. Lelaki dakwa pengantin perempuan hamil

“Pengantin perempuan kedua (Khusnul) dipercayai telah diceraikan selepas suaminya diambil orang lain.

“Lalu apabila mendengar mantan kekasihnya bakal berkahwin, dia datang dan minta untuk dinikahi juga.

“Saya hanya mampu menggelengkan kepala dengan situasi ini. Entah apa mahu jadi dengan masyarakat kita.

“Namun, pernikahan diteruskan kerana mendapat persetujuan daripada semua pihak,” kata Ketua Pejabat Pemberdayaan Wanita, Perlindungan Anak, Kawalan Penduduk dan Perancangan Keluarga (DP3AP2KB) Lombok Tengah, Mulyardi Yunus.

Rata-rata pengguna mengagumi lelaki tersebut dengan meninggalkan komen yang meminta agar mereka turut diajar ‘ilmu’ kahwin dua secara serentak.

“Ambil saya jadi muridmu,” komen seorang netizen.

“Mari kita berguru dengannya @bima_anugrah05,” tulis seorang lagi pengguna.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu bertemu untuk pertama kalinya di rumah Korik dan bersedia berpoligami.

Kini Korik Akbar kembali membuat heboh, lantaran harus meninggalkan dua wanitanya tersebut.

Tonton video disini:

Sumber: Suara.com, Kompas

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.