Sampai sekarang Neelofa masih kunci mulut mengenai dakwaan dia sedang hamil

Setiap kali selebriti terkenal Neelofa membuat siaran langsung dalam Instagram, dia pasti dihujani dengan soalan berkaitan dakwaan tentang kehamilannya.

Hari ini, siaran langsung pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, itu sekali lagi dibanjiri dengan pertanyaan sama oleh peminat yang sentiasa menanti berita gembira daripadanya.

Dalam siaran langsung bagi mempromosikan produk terbaharu jenama tudungnya, rata-rata netizen berpendapat bentuk fizikal bekas pengacara MeleTOP itu kelihatan seperti wanita hamil.

AKSI tanpa sengaja Neelofa memegang bahagian perut antara yang menarik perhatian ramai.

Malah, ada juga yang membuat andaian Neelofa kelihatan mengah ketika bercakap yang juga sering dialami oleh mana-mana wanita yang sedang mengandung.

Bahkan netizen juga mendakwa bentuk ‘baby bump’ Neelofa juga nampak ketara sepanjang dia bersiaran langsung hari ini.

ANTARA komen netizen yang membuat andaian isteri Haris itu sedang hamil.

“Mengahnya, nampak seperti wanita hamil,” dakwa seorang penonton.

“Nampak ‘baby bump’ Neelofa, tahniah,” tulis seorang peminatnya.

Dalam pada itu, ramai peminatnya turut meninggalkan komen dan ucapan tahniah kepadanya meskipun masih tiada sebarang pengesahan dibuat oleh pelakon filem Azura berkenaan tentang andaian tersebut.

Meskipun siaran langsungnya dibanjiri dengan pertanyaan tentang kehamilan, Neelofa masih mengunci mulut dan meneruskan kerjanya mempromosikan produk terbaharu jenama Naelofar.

Pada penghujung video, isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu sempat menitipkan ucapan Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Selamat Hari Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia di luar sana. Walaupun banyak yang kita lalui selama hampir dua tahun ini, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk kita semua.

“Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan hidup dalam keberkatan dan keharmonian dan diselamatkan daripada penyakit dan wabak berbahaya ini,” ucapnya ringkas.

Khabar angin tentang dakwaan kehamilan Neelofa mula bertebaran sejak awal Julai lalu apabila dia dikatakan sering memegang perut dalam beberapa siaran langsung Instagram.

Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

sumber: K! ONLINE

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.