Connect with us

#kerabat

Usai tamat kuarantin, Permaisuri sumbang katil lipat pada frontliner dipuji rakyat

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjamu ‘frontliner’ dengan air tangan baginda ketika mereka berjuang untuk merawat pesakit Covid-19.

Terbaru, Yang Mulia dan anakanda dengan sukacitanya mengurniakan sumbangan katil lipat untuk kegunaan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Medical Centre).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

“Ini sahaja yang saya dan anak2 mampu. Katil lipat untuk doktor dan jururawat serta petugas-petugas hospital untuk keselesaan mereka,” tulis Tunku Azizah pada 1 video yang dimuat naik di laman sosial Instagram.

Vidoe yang dimuat naik itu mendapat hampir 15,000 tanda suka dan ratusan komen netizen yang sebahagian besarnya terkesan dan terharu dengan keprihatinan baginda serta keluarga.

Antara komen-komen netizen:

Alhamdulillah! Terharu sangat2

syukur alhamdulillah.. pasti ianya sgt memberi makna kepada penerima..

Ampun.. Tuanku 🙏 🙏 🙏 😇😇😇.. Syukuran.. Alhamdulillah.. Amin 😇 😇 😇

Semoga Allah memberkati hidup Tuanku sekeluarga. Terharu sgt2

Alhamdullilah atas prihatin tuanku…tadi saya.ke klinik bandar baru bangi ..kawasan klinik dah dinyah kuman C19 sebelum ianya datang menyerang kami disini

alhmdulillah. terima kasih buat Tuanku seisi keluarga. Daulat Tuanku 🙏🏻

Moga Allah sentiasa menaungi Raja Permaisuri Agong dgn rahmat dan nikmat rezki dan kesihatan yg baik 🙏🏽🙏🏽🙏🏽

Alhamdulillah….terima kasih tuanku seisi keluarga..Ampun tuanku❤️❤️❤️

Entah sempat ke tidak mrk lena kelak.. Siannya ya Allah

Alhamdulillah..semoga murah rezeki tuanku yg sentiasa memahami apa yg rakyat jelata rasai..allahuakbar…terima kasih Allah..

Alhamdulillah….mereka layak untuk mendapatkan keselesaan kerana merekalah hero kita 👍👍

Sebelum ini, keluarga Diraja itu telah menjalani kuarantin diri selama 14 hari di Istana Negara dan disahkan bebas dari Covid-19.

Silakan SHARE

Sumber Instagram @airtangan_tunkuazizah prepared by The Klasik

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya