“Kami Berkenalan Masa Saya Belum Ada Apa-Apa…”- Usop Selamat Bertunang Dengan Model Cantik, Tinggi Lampai

DUA tahun menjalinkan hubungan persahabatan, penyanyi Usop Mentor membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya Nur Fatihah Md Hashim pada Khamis.

Bersyukur majlis berjalan lancar seperti dirancang, Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 24, berkata dia sudah bersedia bergelar suami kepada model sambilan berusia 25 tahun itu.

“Sejak semalam saya memikirkan tentang majlis ini, gementar juga…

tapi Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar dan selesai dengan jayanya. Selepas ini saya kena fikir fasal majlis perkahwinan pula.

“InsyaAllah ikut perancangan Februari depan kami akan bernikah…

kalau ikutkan saya memang nak cepat-cepat kahwin tapi ada beberapa tugasan dan komitmen kerja yang belum selesai,” katanya kepada mStar.

Pasangan ini mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di sebuah dewan berdekatan kediaman keluarga Fatehah terletak di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang.

Usop bakal mendirikan rumah tangga pada Februari depan.​​​​​​

Berkongsi perkenalan awal, Usop berkata dia mengenali Fatihah yang juga merupakan kakitangan di sebuah syarikat swasta ketika menghadiri majlis rumah terbuka sahabatnya di Kedah pada tahun 2019.

“Saya jumpa dia di majlis rumah terbuka seorang sahabat.

Pertama kali tengok dia hati saya dah terpikat… cantik dan tinggi orangnya.

Saya minta akaun Instagram dia, masa itu hanya sekadar nak berkawan sahaja.

“Kalau nak tahu Tehah juga yang ajar saya dress up dan penampilan macam sekarang ni!”-USOP

“Kemudian kami bertukar nombor telefon dan saya luahkan hasrat nak ajak kahwin… sebenarnya saya pun tak sangka hubungan kami sampai ke fasa serius.

“Bulan puasa tahun lalu kami mula serius rancang untuk mendirikan rumah tangga.

Dalam tempoh pertunangan ni, orang kata darah manis jadi saya kena banyak bersabar melalui fasa ini,” ujarnya.

Usop dedah mengenai teman wanitanya itu pada November tahun lalu.

Ditanya mengenai sisi peribadi tunangnya, penyanyi lagu Selamanya ini berkata Fatihah seorang gadis yang menyenangkan dan banyak memberi sokongan kepadanya.

“Sepanjang perkenalan Fatihah memang banyak menyokong saya… kerjaya, perniagaan dan sebagainya.

“Dia menerima saya seadanya dari zaman tak ada apa-apa sampailah sekarang ini.

Dia tak pandang harta, awal perkenalan dulu saya tak ada apa-apa, kereta pun tak ada.

“Dia ada ketika susah dan senang saya, sentiasa ada untuk bagi sokongan.

Kalau nak tahu fatihah juga yang ajar saya dress up dan penampilan macam sekarang ni,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :  https://www.malaysiatimes.news/

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.