Connect with us

#celeb

Ustaz Ebit Lew Dikecam Kerana Sekeping Gambar Ini Yang Dia Ambil Di Pasaraya Elewsmart

Cyberjaya – Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew dikecam para penyokong DAP yang tidak berpuas hati dengan tindakannya memuatnaik gambar snek makanan ringan ‘Super Ring’.

Ebit Liew pada Jumaat, memaklumkan mengenai pembukaan cawangan baharu pasaraya ElewsMart di Cheras dan Cyberjaya di laman Facebooknya.

Melalui makluman tersebut, beliau turut memuatnaik gambar yang memaparkan dirinya sedang memegang ‘Super Ring’.

Ustaz Ebit Lew Dikecam Kerana Sekeping Gambar Ini Yang Dia Ambil Di Pasaraya Elewsmart

Beberapa orang penyokong DAP kemudiannya membidas tindakan tersebut kerana disifatkan sebagai menyindir Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng yang didakwa atas kesalahan rasuah.

Tinjauan SuaraTV mendapati, muatnaik tersebut kemudiannya dihapuskan oleh pengendali laman Facebook Ebit Liew bagi mengelakkan sebarang salah faham.

Terdahulu garis masa media sosial dipenuhi dengan pelbagai gelagat ahli politik dan masyarakat yang memuatnaik gambar ‘Super Ring’ bagi meraikan berita pendakwaan Guan Eng.

Ustaz Ebit Lew Dikecam Kerana Sekeping Gambar Ini Yang Dia Ambil Di Pasaraya Elewsmart

Antaranya bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak; Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan; Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar; Penceramah bebas, Ustaz Ahmad Husam Dato’ Baderuddin serta ramai lagi.

Untuk rekod pasaraya ElewsMart yang menawarkan harga murah itu, merupakan sebahagian daripada usahanya untuk membantu orang susah di negara ini.

Ustaz Ebit Lew Dikecam Kerana Sekeping Gambar Ini Yang Dia Ambil Di Pasaraya Elewsmart

Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertuduhan, ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng didakwa telah secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu balasan berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Zarul merupakan pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24.

Akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Selain itu Guan Eng turut menghadapi pertuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.

Sumber : SuaraTV

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya