Connect with us

#celeb

Ustaz Ebit Lew telah diarah henti bantuan di Sabah serta-merta kalau tidak tindakan ini akan diambil

Pendakwah terkenal dengan pelbagai kerja kebajikan, Ustaz Ebit Lew diarah untuk memberhentikan misi bantuan ke Sabah berkuatkuasa serta-merta.

Ustaz Ebit Lew turut memaklumkan, jika gagal berbuat demikian, beliau boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 dan penjara selama tiga tahun.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan pihak mana yg memberikan arahan tersebut.

Baca perkongsian penuh beliau di bawah:

Sayu hati. Sya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yg Sya Islamkan. Sya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan.

Sya tangguhkan niat bina sekolah. Pagi ini Sya dimaklumkan Sya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini.

Sya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun.

Sya minta maaf. Sya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yg sya rancang. Sya dah beli kayu-kayu.

Sya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Sya minta maaf yer ustaz ustazah semua.

Ustaz Ebit Lew telah diarah henti bantuan di Sabah serta-merta kalau tidak tindakan ini akan diambil

Ustaz Ebit Lew telah diarah henti bantuan di Sabah serta-merta kalau tidak tindakan ini akan diambil

Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yg patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Sya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang smua seperti mereka sayang saya. Sya sayang semua. Sya maafkan semua. Sya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.

Sya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yg Sya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Sya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah.

Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew telah berjaya menarik komuniti suku Bajau Laut atau Gipsi Laut di Pulau Tatagan, Semporna untuk memeluk Islam.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya , Ustaz Ebit berkata mereka yang tinggal di dalam bot atau pondok kecil di atas laut itu tampil sukarela mengucap syahadah.

Trending