‘ Tak Snggup Saya Nak Tengok MV Tersebut, Dia Jaja Kisah Peribadi. Semuanya Temberang Dan Boh0ng Belaka’ – Vida Kecam IqbaI Gilakan Populariti

” Try hard yang memu4lkan! Dia memang Iapar populariti..”

Itu kata-kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak sanggup menghabiskan masa menonton video muzik (MV) single pertama berjudul Hujan nyanyian bekas kekasihnya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang dimuat naik di laman YouTube pada Isnin.

Menurut Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, bekas pembantu peribadinya itu seorang yang giI4kan populariti sehingga tergamak menjadikan ‘kisah kahwin tak jadi’ sebagai sebahagian daripada jalan cerita dalam MV lagu berkenaan.

” Saya akui sentap apabila orang samakan jalan cerita dalam MV itu dengan kisah kami… try hard yang memu4lkan! Dia memang Iapar populariti, buat apa sahaja kerana nak capai impian untuk popular.

” Saya tak sanggup nak tengok MV itu sampai habis… dia jaja kisah peribadi, semuanya penuh tember4ng dan pemb0.h0ngan demi nak meraih populariti dan simpati orang ramai.

Babak tak jadi kahwin dalam MV lagu Hujan.

” Walaupun MV tu dah diubah menggambarkan saya yang tak bertudung, tak pakai bling-bling dan guna pelakon muda, tapi ntizen masih dapat rasa persamaan cerita kami.

” Lirik lagu itu berkaitan kisah saya adalah jalan utama cerita tapi pemboh0.ngan memang jelas dan nyata, cuma cerita sebenar dah di plot twist!” ujar Vida.

Lagu ciptaan Oja, Zai Hamzah, Iqbal Zulkefli, Achoi, Eric Fuzi yang dimuat naik di akaun YouTube Rusa Music itu menjadi trending nombor satu di laman media tersebut.

Mengulas mengenai kemampuan vokal Iqbal, Vida berkata lagu itu mendapat sambutan yang hebat daripada pendengar kerana kekuatan MV tersebut.

Dia turut mengucapkan tahniah kepada Iqbal kerana akhirnya impian untuk meraih populariti dalam masa singkat tercapai berkat menjaja kisah cinta mereka.

” Sebenarnya kekuatan pada lagu ni adalah MV yang sangat kreatif… itu saya tak boleh nafikan.

” Suara ada la sikit-sikit macam yang Michael Ang kata dulu (suara kepit macam p0nd4n pencen). Nak masuk anugerah lagu? Saya gelak dulu.

” Lirik lagu itu berkaitan kisah saya adalah jalan utama cerita tapi pemboh0ngan memang jelas dan nyata, cuma cerita sebenar dah di plot twist… kalah cerita Tamil.

” Biarlah asalkan dia boleh raih populariti dia sanggup buat apa sahaja dan sekarang dia dah jumpa apa dia cari,” ujarnya.

Azmeer bersuara

Terdahulu, komposer Dr. Azmeer memberi peringatan kepada mana-mana usahawan tempatan agar berhenti memperlekehkan industri seni muzik tanah air dengan menceburkan diri dalam dunia seni suara untuk tujuan publisiti murahan.

Azmeer atau nama sebenarnya, Mohd. Azhar Abu Bakar berkata, kalau seseorang itu tidak memiliki bakat menyanyi, lebih baik lupakan sahaja hasrat untuk memeriahkan industri dengan produk seni tidak berkualiti bagi tujuan ‘marketing’ atau publisiti.

” Bagi saya, perlu ada pemantauan dan penapisan daripada pihak atau agensi berkaitan agar ‘peny4kit’ ini tidak terus melarat.

” Nak keluarkan single, tiada masalah tapi sedarlah bahawa bidang seni muzik bukan platform atau gelanggang ‘permainan’ publisiti.

” Biarlah orang yang betul-betul berbakat dan mempunyai usaha untuk menjadikan industri ini sebagai punca rezeki untuk ceburkan diri.

” Kalau buat single untuk tujuan mengkomersialkan nama atau produk perniagaan, nasihat saya, tolong berhenti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Azmeer yang merupakan komposer yang telah melahirkan banyak karya malar segar seperti Purnama Merindu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Menadah Gerimis (Ziana Zain), budaya tersebut yang sedang diamalkan di Malaysia akan membunuh industri kalau dibiarkan terus berlarutan.

” Macam saya cakap tadi, pihak berkaitan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau agensi yang bernaung di bawahnya perlu melakukan sesuatu. Industri akan nazak kalau senario ini berterusan.

” Orang takkan pandang industri seni muzik sebagai satu pekerjaan yang serius. Kalau dibiarkan mereka (usahawan g1Ia glamor) terus ‘propa’ buat muzik atas nama publisiti, hancvr masa depan industri kita.

” Kalau mereka nak menyanyi, tiada masalah. Silakan tapi tolong jangan ada niat nak memperlekehkan bidang ini untuk tujuan publisiti murahan produk jualan mereka. Tolong hormat industri muzik kita,” ujarnya lagi.

Getus Azmeer yang baru sahaja selesai menamatkan Ijazah Kedoktoran (PhD) Muzik di Universiti Utara Malaysia (UUM), industri seni muzik tanah air bukan tempat untuk orang yang mementingkan keuntungan diri sendiri demi mengaut hasil menggunakan landasan yang tidak betul.

” Jangan manipulasikan seni (muzik) demi kepentingan diri sendiri. Nak menyanyi atau rakam lagu, pastikan anda datang dengan bakat sekali.

” Rakam lagu untuk tujuan publisiti dan bukan dikerjakan orang-orang seni bagi saya adalah perkara yang tidak sihat. Seni harus berjalan seiringan dengan Intelligence Quotient (IQ).

” Kalau betul-betul nak martabatkan industri seni tanah air sampai ke peringkat global, situasi yang saya sifatkan sebagai k4nser ini perlu dibendung bermula dari sekarang,” katanya.

Azmeer diminta memberi pendapat profesionalnya berkenaan mana-mana individu yang berstatus usahawan yang menggunakan seni muzik sebagai antara platform untuk melariskan produk jualan mereka atau demi tujuan publisiti murahan.

Hari ini pukul 5 petang, selepas Datuk Seri Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri, seorang lagi usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli mengikut jejak langkah mereka apabila terjun dalam bidang nyanyian dengan melancarkan single pertamanya berjudul Hujan.

Lagu tersebut mendapat sentuhan komposer penyanyi Oja dan dua orang anggota Floor88 iaitu Zai Hamzah dan Achoi sementara lirik daripada Iqbal sendiri serta Zai dan Achoi

Sumber:trendingsangat

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.