[Vide0] Pengesan Logam Berbunyi, Cara Atlet Kanada ‘Sh0w 0ff’ Pingat Emas Olimpik Buat Ramai Terhibur

Lebih kurang nak dekat sebulan yang lalu, acara sukan paling berprestij di dunia iaitu Sukan Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirainya dengan kontinjen Amerika Syarikat menjadi juara keseluruhan dengan memperoleh sebanyak 118 kutipan pingat.

Bukan itu saja, dalam edisi Sukan Olimpik kali ini juga menunjukkan pelbagai rekod baru dicatatkan dalam beberapa jenis sukan seperti olahraga, memanah, renang, basikal trek dan pelbagai lagi.

[Vide0] Pengesan Logam Berbunyi, Cara Atlet Kanada ‘Sh0w 0ff’ Pingat Emas Olimpik Buat Ramai Terhibur

Atlet ada cara lain nak show off pingat

Bagi setiap orang atlet yang layak ke acara sukan terbesar di dunia ini, mereka mesti berniat untuk memenangi pingat emas dalam acara masing-masing. Dalam banyak-banyak atlet yang menang pingat emas tersebut, cara atlet basikal trek dari Kanada ni memang betul win.

[Vide0] Pengesan Logam Berbunyi, Cara Atlet Kanada ‘Sh0w 0ff’ Pingat Emas Olimpik Buat Ramai Terhibur

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh akaun sukan Kanada @TSN, menunjukkan gelagat seorang atletnya Kelsey Mitchell yang ketika itu melalui ruangan pengimbas logam sewaktu membuat pemeriksaan di perkampungan sukan tersebut.

Selepas sens0r alat pengesan tersebut berbunyi, dia terus berhenti dan didatangi oleh seorang petugas keselamatan. Namun bila dihampiri, rupanya punca penggera tersebut berbunyi adalah disebabkan oleh pingat emas yang disorok dalam bajunya.

Video:

@tsnOlympians, they’re just like us 😅🥇 (🎥: IG/kelsey.mitchell9) #fyp♬ original sound – TSN

Kemudian, semua petugas yang berada di sana terus berdiri dan memberi tepukan gemuruh kepada wanita tersebut.

“Menvnjuk jenis next level”

Di ruangan komen posting berkenaan, nyata rata-rata warganet terhibur dengan gelagat ditunjukkan oleh Kelsey. Di samping itu juga, ramai yang memuji tindakan petugas-petugas yang memberi tepukan untuknya dan menyifatkan momen itu sebagai sangat manis.

[Vide0] Pengesan Logam Berbunyi, Cara Atlet Kanada ‘Sh0w 0ff’ Pingat Emas Olimpik Buat Ramai Terhibur

[Vide0] Pengesan Logam Berbunyi, Cara Atlet Kanada ‘Sh0w 0ff’ Pingat Emas Olimpik Buat Ramai Terhibur

[Vide0] Pengesan Logam Berbunyi, Cara Atlet Kanada ‘Sh0w 0ff’ Pingat Emas Olimpik Buat Ramai Terhibur

Kelsey memenangi pingat emas dalam acara pecut basikal trek wanita, di mana dia telah menew4skan l4wan daripada Ukraine, Olena Starikova.

Mana tahu untuk edisi akan datang, atlet negara kita akan tunjuk pingat emas dimenangi dengan cara baru? 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

Sumber: Lobak Merah

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.