(Video) 13 Tahun Hidup Di Pangsapuri, Teruja Eira Syazira Bila Pak Azad Surprise Hadiahkan Rumah Baru

MENDENGAR sahaja sebutan nama Azad Jasmin, pantas memutarkan imej gila-gila dan keletah selamba mengisi benak sesiapa pun, terutama peminat dunia hiburan.

Mula membina tapak dalam industri sejak hampir dua dekad lalu, anak jati Pulau Pinang itu perlahan demi perlahan bertatih mengukir nama dalam kanvas seni yang diceburinya.

Siapa tidak kenal dengan pasangan selebriti Eira Syazira dan Azad Jasmin yang sentiasa menghiburkan pengikutnya di laman media sosial. Pasangan sweet couple ini sentiasa berkongsi kehidupan dan telatah keluarga kecil mereka buat tatapan umum.

Terbaru, Azad Jasmin memberi kejvtan dengan menunaikan impian isterinya, Eira Syazira sebuah rumah kediaman baharu mereka.

Terima surpr1sed dari suami

(Video) 13 Tahun Hidup Di Pangsapuri, Teruja Eira Syazira Bila Pak Azad Surprise Hadiahkan Rumah Baru

Menerusi video posting yang dimuat naik Eira Syazira di laman Instagram, Azad Jasmin telah membawa isterinya ke kediaman baharu mereka selepas mengerjakan solat terawih. Difahamkan, kediaman rumah dua tingkat itu sudah 90 peratus siap sekali dengan dekorasi dan perhiasan dalaman.

Eira bagaimanapun bersyukur atas hadiah terindah yang diberikan oleh suami tercinta selepas 10 tahun mengharungi bahtera perkahwinan bersama-sama.

Allahuakbar!! Surpr1sed nak m4ti!! Hadiah terindah selepas 10 tahun perkahwinan dari suami tercinta. No words to describe, segala puji bagi Allah SWT. Thank you my love.

Hadiah terindah

Difahamkan, Azad Jasmin mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan hiasan dalaman rumah mereka tanpa pengetahuan isterinya. Malah, dia turut ‘k0mplot’ dengan adik ipar untuk memberi kejvtan kepada Eira.

Rumah kediaman pasangan ini juga turut mempunyai mini surau.

Selepas 13 tahun tinggal di rumah flat hari ini, di bulan Ramadan yang mulia I hadiahkan you rumah ini. I harap you suka.

Terbaru.. Eira belanja house tour

Wahhh seronoknya dapat rumah baru.. yang paling best ada mini surau tu.. Salute Pak Azad hang memang sempoii..

Sumber: Eira Syazira, Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …