Connect with us

#news

[VIDEO] Alhamdulillah, Satu Keluarga Sebelum Ini Positif COVID-19 Kini Disahkan Telah Sembuh

Bismillah….Alhamdulilah syukor pada Allah🤲first of all amy nak ucapkan jutaan terima kasih jazzak Allahu khairan pada semua ahli kluarga & sahabat2 seluruh dunia yg mendoakan kamĭ skeluarga 🤲🤲🤲🌹berkat doa semua kamĭ sekeluarga BEBAS COVID🤲🤲….ya Allah tiada apa nak diungkap kan selain syukor pada Ilahi yg sudah menyembuhkan kamĭ semua dr virus ini😭🤲kami disatukan kembali sbg sebuah kluarga bebas covid 👨‍👩‍👧‍👦

bismillah….Alhamdulilah syukor pada Allah🤲first of all amy nak ucapkan jutaan terima kasih jazzak Allahu khairan pada…

Gepostet von Gold Amy Edriena am Sonntag, 5. April 2020

Keluarga Pakar & Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Teluk Intan, Perak, Dr Samsu Ambia Ismail yanġ sebelum ini positif COVID-19, kini disahkan telah sembuh.

Berita gembira itu dikongsikan anak sulung keluarga itu, Erika Syamim Samsu Ambia, 17, di laman Twitter malam ini.

Dalam satu kiriman, beliau berkongsi sekeping foto merekā sekeluarga dengan kapsyen “Finally COVID free!!”

Sebelum itu, beliau memuat naik sebuah video TikTok yanġ menyaksikan merekā sekeluarga menukar  pakaian hospital kepada pakaian biasa.

“Okay so kitorang sekeluarga dah discharged! Thank you so much for all the kind prayers. Here’s probably our last TikTok together dekat hospital,” tulisnya.

Perkongsian gadis itu dihujani rasa gembira & syukur para netizen yanġ mendoakan merekā sekeluarga diberi kesihatan baik berpanjangan.

Sementara itu, dalam perbualan dengan Bernama di Twitter, Erika Syamim berkata merekā disahkan sembuh selepas menjalani tiga ujian & kini perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“We have to (adhere) to strict quarantine. Food and raw materials will be sent to us by authorities,” katanya. (Kami perlu mematuhi kuarantin yanġ ketat. Pihak berkuasa akan menghantar makanan & bahan asas kepada kami).

Erika Syamim & empat adiknya yanġ berusia antara 8 & 15 tahun sebelum ini menjadi perbualan di media sosial selepas beliau berkongsi video TikTok merekā yanġ sedang dikuarantin di hospital.

Dalam pada itu, katanya, merekā sekeluarga kini dalam proses mencuci & nyah kumah kediaman mereka.

“Sekarang kamĭ luangkan masa as a healthy family (sebagai keluarga yanġ sihat)  di rumah. And we also helping out there who are asking us about this disease (Kami juga membantu merekā yanġ bertanya di luar sana mengenai penyakit ini),” jelasnya.

Erika Syamim berkata selepas tamat kuarantin 14 hari di rumah, bapanya boleh kembali bertugas & merekā boleh melakukan aktiviti normal sebagai sebuah keluarga.

— BERNAMA

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya