Connect with us

#news

[VIDEO] Anggota p0lis tinggi suara disiasat

Published

on

SIASATAN menyeluruh sedang dijalankan p0lis berhubung rakaman video tular membabitkan angg0ta meninggikan suara terhadap l3laki yang diperiksa ketika sekatan jalan raya di Seri Kembangan, kelmarin.

Ketua p0lis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kejadian itu berlaku ketika angg0ta p0lis bertugas melakukan proses dokumentasi terhadap l3laki berusia lingkungan 30-an berkenaan jam 4.30 petang.

“Lelaki itu diperiksa untuk soal siasat lanjut mengenai tujuan dan destinasi dituju semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa ketika ini..”

“Ketika pemeriksaan dilakukan, l3laki itu marah dan meninggikan suara menyebabkan angg0ta bertugas terpaksa menasihatinya dengan nada tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismadi berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan terhadap l3laki berkenaan sebaliknya dia diarahkan membuat pusingan semula selepas alasan diberikan tidak munasabah.

“Dia memaklumkan mahu membeli makanan di kedai makan pilihannya sedangkan ada banyak lagi kedai lain berdekatan rumahnya..”

“Justeru, kami akan memanggil semua individu yang terbabit untuk diambil keterangan termasuk l3laki berkenaan supaya semua pihak, sama ada p0lis mahupun orang awam mendapat hak keadilan sewajarnya..”

“Selain itu, siasatan dalaman juga dilakukan bagi melihat sekiranya berlaku pelanggaran disiplin oleh angg0ta bertugas,” katanya.

Beliau menggesa orang ramai supaya mematuhi arahan PKP dan memberi amaran keras supaya tidak mengingkari arahan daripada pihak berkuasa.

“Semua orang perlu duduk di rumah dan jika mahu membeli makanan, belilah di kedai berhampiran kerana ini bukan masanya untuk kita mencari kedai pilihan..”

“Adalah penting untuk kita akur dengan perintah PKP bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 daripada terus merebak,” katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi 17 saat menunjukkan seorang l3laki memarahi angg0ta p0lis bertugas sebelum seorang daripada mereka meninggikan suara bagi menegur l3laki berkenaan tular di media sosial sejak semalam.

Continue Reading

Trending

Shares