Connect with us

#pop

Video | Berjurai Air Mata Mak Bapak Terkejut Menantu Sanggup Buat Kejutan Begini

Kasih sayang, jasa dan pengorbanan ibubapa terhadap anak-anak tiada batasnya. Namun, insan yang bergelar anak juga pasti ada niat untuk membalas jasa ibubapa, bukan?

Memberikan keselesaan dan kesenangan kepada anak-anak bukanlah perkara yang mudah terutamanya bila hidup dalam kekurangan.

Baru-baru ini, menerusi laman Twitter, sepasang suami isteri telah tercapai hajat mereka dalam usaha membalas jasa kedua ibubapa sebelah isteri. Beliau, Fairuzziela dan suaminya telah memberi kejutan kepada ibubapanya yang menetap di Taman Padang Nyu, Perlis.

Dia memberi kejutan dalam bentuk sebuah kenderaan berjenama Perodua Axia berwarna hijau.

Tercapai hajat belikan kereta buat mak ayah!

Menerusi Astro Gempak, wanita ini berniat untuk membelikan sebuah kenderaan untuk ibubapanya atas sebab ayahnya hanya menunggang motosikal untuk pergi ke klinik walaupun kesihatannya tidaklah begitu baik.

Walaupun si isteri bekerja sebagai Guru di Tadika Kemas, si suami mengurus kedai yang menjual peralatan dan aksesori telefon bimbit di Jitra, Kedah, ia tidak menjadi beban untuk membalas jasa ibu bapanya dan terus berbakti.

Fairuzziela turut berkongsi tips dengan netizen yang membaca tweetnya itu, perkara yang perlu diamalkan ialah sentiasa meminta kedua ibubapa untuk mendoakan kejayaan kita kerana doa dari ibubapa akan terus termakbul oleh Yang Maha Esa.

Bagi yang tidak mampu bagi ibubapa kereta, bagi sahaja apa yang kamu mampu tak kira periuk belanga atau gelang getah sekalipun kalau hadiah itu membuatkan ibubapa kamu gembira. Mereka tiada ganti didunia ini.

Beliau juga mendoakan semua yang membaca ‘tweet’ itu semoga berjaya dalam kehidupan dan sempat untuk membalas budi ibubapa.

Ya Allah sebak melihat videonya, semoga ibubapanya dipelihara Allah. Aaminn.

Antara komen-komen netizen:

hudadรซ @FNHuda
aku tau benda ni takdak kena mengena tapi aku nak cakap jugak. thanks sebab tweet macam ni so lepasni aku takmau hon orang tua yg bawak lambat dah mana tau maybe dia tak pernah dapat reta so bila ada org hadiahkan mesti dia bawak slow sebab nak jaga.

I am Bejurus Person @ZainMakenasi999
Sy sll ckp asal org tua pakai kupiah mesti bawak slow keta….tgok video ni terus insaf.

Chris @HK_Yellow
You and your husband are great to have done this for your parents. We should treasure our parents, even if we have different opinions to them. It would be my mother’s birthday today, but she left this world over 4 years ago.

โ„œ๐”ฌ๐”ฐ๐”ข Wilted flower @feyrose_
Kami ni terketaq tgn tahan sebak.
Alhamdulillah, hasil perkongsian org lain bagi surprise utk mak ayah, kami pun terinspirasi nak buat.
Semoga awk pun boleh buat mcm ni satu hari nanti.

bir sebenarnya taknak @itsbirnotbeer
Ya Allah bestnya tengokGrowing heartGrowing heart semoga keluarga awak sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati. Nak jadi macam ni jugak in sha Allah.

Farah @FarahYunos
Nak gembirakan mak ayah kita ni besar sangat ganjaran dia. Imagine all the wonderful prayers they would make for you & your family Heart suit May Allah accept your efforts for trying to make your parents happy. Semoga syurga tempat kalian semua, aamiin.

KAYMAN | JELITA | HAIRPOT | FAHERO | REVERIE TOUCH @blushyourskin
Seronoknyer tengok dapat bagi parents macam ni, semoga semua anak dapat membalas jasa ibu bapa masing masing. InsyaAllah. Sape potong bawang niiiii.

Norizaza Mahmood @Norizaza
Aku tengok aku tumpang happy. Aku tak sempat nak berjasa dengan abah sbb abah dah pergi tinggal kita org dulu sebelum anak anak dpt berjasa untuk dia. Senyuman abah sentiasa dalam fikiran aku. Allah, rindunyaaa Al fatihah abah.

Eika Sachi @eika_sachi
Alhamdulillah. Tahniah. Syukur. Percayalah, tiada ruginya berbuat baik dengan ibu bapa. Rahmat Allah yang luas akan datang bersama redha ibu bapa.

Sumber: twitter @feyrose_

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya