#pop
[VIDEO] Demi buat ‘babi air’, Instafamous dikecam bazir duit beli seribu ‘Koolfever’

Sejak kebelakangan ini, sering kita dengar berkenaan permainan ‘babi air’ yang dibuat menggunakan gel penyejuk untuk kegunaan meredakan demam.
Banyak video-video yang dilakukan oleh Instafamous atau selebriti media sosial menunjukkan mereka membela ‘babi air’ sehingga menjadi ikutan para remaja khususnya pelajar sekolah.
Content apa ni sebenarnya?
Walau bagaimanapun, permainan tersebut ternyata mengeluarkan modal apabila perlu membeli gel penyejuk atau koolfever sebelum direndam di dalam air dan membiarkannya kembang seperti agar-agar.
Jadi, seorang Instafamous dikenali sebagai Aisar Khaleed telah memuat naik video membeli seribu koolfever hanya untuk membuat ‘babi air’ ini di saluran YouTubenya.
Beli seribu sebab nak buat ‘babi air’?
Perkara tersebut telah mendapat kecaman warganet kerana menganggap tindakan yang dilakukan Aisar seperti tidak masuk akal memandangkan harga koolfever itu tidaklah begitu murah.
Pastinya perkara tersebut akan menjadi ikutan para remaja dan kanak-kanak yang dilihat semakin taksub dengan permainan ini.
this guy just bought 1k of cool fever just to make babi air. 1k?? pic.twitter.com/HLacG31Q3s
— jib (@muhdnajib103) January 23, 2021
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Baru haritu ada ibu terpaksa curi sebab takde duit
Lebih membuatkan netizen kurang senang pastinya berhubung kait denganisu baru-baru ini dimana ada seorang ibu terpaksa mencuri koolfever di pasara raya untuk anaknya yang demam kerana tidak cukup duit untuk membelinya.
Polis ‘Terjah’ Rumah Ibu Ini Selepas Kantoi Curi Kool Fever, Sosej dan Kek. Ingatkan Nak Tangkap, Rupa-rupanya…
Mencuri adalah satu kesalahan dan sepatutnya perlu diambil tindakan, namun mungkin ada sudut yang kita perlu perhalusi, dengan perlaksanaan PKP kali kedua ini, sudah semestinya ia memberikan impak kepada sesetengah golongan.
Mungkin ada niat disebaliknya dia melakukan perkara tersebut, mungkin pelaku itu kini dalam kesusahan, itulah yang terlintas dalam fikiran Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal terhadap seorang suri rumah ini.
Kalau lapar kita boleh tahan lagi, kalau anak-anak kita lapar itu perkara lain”
Semalam, difahamkan beliau menerima satu laporan dimana seorang suri rumah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya.
Menurutnya, barang itu merupakan kool fever, kek dan sosej. Ia membuatkan ACP Nik Ezanee terpanggil untuk memberikan bantuan kerana beliau yakin bahawa ibu tersebut ada masalah tersendiri.
“Semalam saya menerima laporan dikatakan ada wanita ditahan mencuri kek, kool fever. Saya rasa terpanggil untuk pergi berjumpa lah, saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia takkan buat perkara-perkara macam tu.” Katanya menerusi video daripada Facebook Polis Daerah Petaling Jaya.
Difahamkan, suami wanita ini tak bekerja akibat pandemik Covid-19. Mereka terdesak untuk dapatkan kool fever kerana salah seorang dari tiga anaknya demam. Pasaraya itu buat laporan mengenai kejadian itu.
Disebabkan itu ACP Nik Ezanee datang ke rumah wanita tersebut, bukan untuk diambil tindakan, sebaliknya atas dasar belas ehsan, beliau bersama IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyumbangkan barangan makanan dan harian kepada si ibu tersebut agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.
Barang yang diberikan termasuklah barang-barang yang dikatakan dicuri di pasaraya tersebut
“Kalau lapar kita boleh tahan lagi, kalau anak-anak kita lapar itu perkara lain. Jadi saya nak sampaikan sedikit bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berikan kool fever buat anaknya.”
Sikap murni ACP Nik Ezanee ini telah mendapat perhatian netizen termasuklah di Twitter, mereka begitu kagum dengan kemuliaan beliau.
Membazir duit, kool fever & membazir kebodohan
Rasa tidak setuju itu telah disurakan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai muhdnajib103 dan mendapat sokongan daripada netizen lain.
Mereka menyuarakan bahawa tindakan sebegitu dilihat sangat membazir dan langsung tidak memberi manfaat kepada sesiapa.
Orang lain punyalah susah carik
Ada orang sanggup mencuri sebab anak demam
“Muka ada, tapi content bodoh”
https://youtu.be/k2D-FHCGCI0
Sumber: omm, muhdnajib103, aisar_khaleed
-
#pop6 bulan ago
Terjebak Dengan ‘Avatar’ Di Facebook? Akak Ini Jelaskan Boleh Jatuh Akidah!
-
#news11 bulan ago
Peraturan ‘1 kereta 1 orang ‘ berkuat kuasa 1 April ini
-
#pop6 bulan ago
Baru reda isu restoren 35, Influencer ini buat hal lagi bila buat “live” tapi guna kata kata kesat dan memalukan orang lain
-
#celeb11 bulan ago
“Bila lelaki penuh rasa cinta. Matanya hanya memandang pada yang dicintanya..” -Netizen