[VIDEO] Gelandangan Buat Cubaan Ke-2 Rentas Daerah Guna Rakit Gabus

Pernah melakukan cubaan berenang merentas Selat Pulau Pinang dari jeti feri di Tanjung City Marina untuk menuju ke Seberang Perai, lelaki ini sekali lagi dilaporkan melakukan cubaan kedua dengan menggunakan rakit gabus.

Memetik sumber Kosmo, lelaki terbabit sekali lagi mahu merentas daerah tanpa kebenaran dari bahagian pulau ke tanah besar melalui jalan laut apabila dikesan menaiki sebuah pelampung gabus stryfoam.

Bagaimanapun, tindakannya gagal apabila dikesan pihak berkuasa ketika dia berada di dalam laut sebelum diselamatkan dengan dibawa naik ke atas bot.

Kejadian itu tular di media sosial apabila beberapa keping gambar dan video memaparkan tindakan berani lelaki tersebut dengan meniarap di atas bongkah gabus bersaiz kira-kira satu meter persegi yang dijadikan rakit dikongsi pengguna.

Lelaki yang berseluar pendek dan memakai kemeja-T berwarna biru itu dilihat membawa sebuah beg galas dan menyarungkan sehelai kain pelikat pada tubuh.

Menurut pengguna Facebook, lelaki tersebut didakwa individu sama yang sebelum ini diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd. apabila dikesan cuba merentas daerah dengan berenang ke Seberang Perai.

@penang_kiniharitu Cuba renang Dari Grown Ke Bagan. Kali ni guna sterofoam utk Rentas daerah seberangi lautan♬ Jangan PernaH Berubah – Lia Magdalena

Kosmo! Online, Julai lalu melaporkan seorang lelaki berusia 28 tahun mengambil keputusan nekad untuk berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh kira-kira tiga kilometer dari George Town untuk ke Seberang Perai bagi bertemu rakannya.

Pihak polis berjaya menghubungi ibu lelaki tersebut dan dia memberitahu anaknya itu sudah lama tidak pulang ke rumah dan dipercayai hidup sebagai gelandangan selain mempunyai masalah ketagihan dadah.

Dia kemudian dibawa menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang kerana didapati mengalami patah tangan kanan ketika insiden terbabit.

Setakat ini, belum diketahui tindakan lanjut terhadap lelaki itu berhubung insiden kali ini.

Lelaki dipercayai dari George Town itu mahu menyeberang ke Seberang Perai.

Bahagian tanah besar dan pulau di negeri ini yang merangkumi daerah berbeza dihubungkan dengan Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan perkhidmatan feri penumpang, manakala rentas daerah masih tidak dibenarkan ketika negeri ini berada pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.