Tahun ini, Hari Kebangsaan sekali lagi disambut dalam suasana sederhana ketika negara sedang menghadapi pandemik. Orang ramai boleh menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan ke-64 yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara pada 31 Ogos ini bermula dari jam 8 pagi sehingga 8.50 pagi secara langsung di semua stesen penyiaran tempatan.
Namun, antara yang dinanti-nantikan setiap kali tiba sambutan Hari Kebangsaan ialah iklan menarik yang sarat dengan mesej patriotik. Pelbagai idea kreatif yang menyentuh emosi, memberi inspirasi, menanamkan semangat patriotik dan banyak lagi mesej yang disampaikan. Di sini kami senaraikan iklan Hari Kebangsaan yang menarik pada tahun ini.
PETRONAS MMD 2021: Demi Cinta
Petronas sekali lagi memilih untuk menghasilkan video animasi untuk menyampaikan mesej patriotik sempena Hari Kebangsaan. Video kali ini menunjukkan tentang kehidupan rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Ada yang diberhentikan kerja dan perniagaan ditutup sehingga pendapatan keluarga terjejas.
Digi Hari Kebangsaan 2021 – Teladan
Mengambil perspektif anak-anak yang turut terkesan dengan impak Covid-19, iklan Digi antara yang berjaya menggenangkan air mata netizen tahun ini. Walaupun diuji dengan hebat, diharapkan pandemik ini akan mengajar anak-anak di masa depan untuk menjadi insan lebih kuat dan tabah.
TNB MERDEKA 2021 – Raikan Malaysia Kita
Walaupun banyak halangan terpaksa dilalui ketika negara berdepan pandemik, rakyat Malaysia tidak pernah mengalah dan terus cekal berjuang mencuba sesuatu yang baru. Itu mesej yang cuba disampaikan oleh TNB menerusi iklan Hari Kebangsaan mereka kali ini.
Iklan Merdeka Yoodo 2021 | Bila Larut Lockdown
Andai peralatan elektrik mampu ‘bercakap’ dan membebel, agak-agak apa topik yang akan ‘mereka’ bincangkan? Kalau nak tahu saksikan iklan Yoodo ini.
Etiqa Merdeka 2021 – Ahchoo
Kehidupan berjiran Aunty Chen, Ali dan Abang Chandran digegarkan dengan bunyi kuat di taman mereka. Dari mana datangnya bunyi tu? Apa puncanya? Bagaimana pun reaksi jiran-jiran tersebut untuk kenal pasti punca bunyi berkenaan. Yang pasti, kenalah tonton sendiri iklan Merdeka Etiqa ini.
Iklan Merdeka & Hari Malaysia SAJI 2021 | GELORA
Kerana mulut badan binasa. Perbualan di media sosial kadang kala mampu membuatkan seseorang itu ters1nggung dan tersentuh. Sering tampil dengan iklan ‘sedih’, iklan Hari Kebangsaan Saji kali ini masih mampu membuatkan air mata berlinangan!
Ecoworld: #AnakAnakMalaysia: Silver Lining
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 diumumkan, Nurul Atikah baru saja habis berpantang selepas melahirkan anak sulungnya. Pengumuman itu membuatkan dia dan suami terduduk. Kehidupan perlu diteruskan, kegigihan membina perniagaan menjual makanan ketika pandemik pernah dipersoal. Namun, baginya, putus asa bukanlah pilihan ketika ini.
Maxis Hari Kebangsaan / Merdeka 2021 | To a nation that stays ahead together
Di sebalik seorang hero yang memacu perubahan, ada ramai lagi hero-hero tidak didendang di belakangnya. Setiap rakyat Malaysia yang menyokong juga adalah hero yang patut sama-sama kita raikan. Bila kita menyokong hero-hero ini, kita semua pasti mengecap kemenangan!
VIDEO HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2021 WATSONS
Pandemik melanda memberi ujian besar kepada rakyat Malaysia. Bagaimanapun, setiap seorang daripada kita terus menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Peribahasa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh menjadi contoh paling tepat untuk situasi ini
Gamuda Land – Di Sebalik Emoji
Sekian lama berada dalam rumah demi kesihatan dan keselamatan sendiri, kadang-kadang untuk ‘tidak okay’ dari segi mental dan fizikal adalah normal. Hampir tiada interaksi sosial bersemuka, semuanya kerana Covid-19. Tema ini dibawa Gamuda Land dengan semangat untuk setiap dari kita menjaga satu sama lain walau apa jua keadaan.
Selamat Hari Merdeka dengan Chek Hup Teh Tarik
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily
Sumber: Oh bulan