[VIDEO] Suara Dah Merdu Sekali Takbir Raya Tersasul Jadi Doa Iftitah

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba. Pejam celik pejam celik, tidak sampai beberapa hari lagi Ramadan tahun ini bakal berakhir.

Antara detik yang syahdu menjelang hari raya adalah apabila kita mendengar takbir raya. Walau bagaimanapun, tidak semua berpeluang menghayati takbir raya di samping insan tersayang susulan PKP yang dilaksanakan.

Takbir raya terus jadi doa iftitah

Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Farhan Hasnan di akaun tik tok nya, kelihatan gelagat seorang pemuda yang sedang mengalunkan takbir raya.

Video yang berdurasi 46 saat itu, memperlihatkan seorang pemuda lelaki yang sedang mengalunkan takbir raya, namun pada di saat akhir video berkenaan alunan takbir raya berubah menjadi doa iftitah.

@farhanhasnan

#LoveMumsSmile #DefineFreshChallenge

♬ original sound – Farhan Hasnan – Farhan Hasnan

‘Dia nervous tu yang masuk doa iftitah tu’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pemuda berkenaan yang tersasul sehingga membaca doa iftitah. Malah ada juga di antara mereka mengatakan bahawa pemuda tersebut nervous untuk mengalunkan takbir raya.

Sumber : farhanhasnan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OHBULAN

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …