Connect with us

#pop

[VIDEO] Suasana Sayu Dan Laungan Azan Iringi Frontliners Kita Ke Sabah Buat Orang Ramai Luluh Hati

Suasana sayu dan meruntun jiwa! Itulah perkataan yang paling sesuai apabila menonton sepotong rakaman video yang dimuat naik oleh pencetus Ummah (PU) Syed Bakri di media sosial.

Perkongsian video berdurasi sekitar 1 minit 23 saat itu dimuat naik PU Syed menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.

Dimaklumkan, kalau dilihat dari video tersebut, para petugas daripada Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, Kelantan tersebut sedang bersiap bersedia untuk berangkat ke Sabah berjuang di barisan hadapan membantu menangani kes COVID-19.

Apa yang membuat orang ramai tersentuh apabila kerberangkatan frontliner ini turut diiringi dengan laungan azan.

“Semoga dipermudahkan urusan mereka.. siru ‘ala barakatillah.

“Laungan Azan mengiringi para petugas dari Hospital Raja Perempuan Zainab untuk digerakkan ke Sabah.

“Kira dah macam berjuang di medan perang, semoga dipermudahkan.

“Sama-sama kita doakan keselamatan frontliners ni,” kata PU Syed.

Video tersebut kemudian mencetuskan rasa hiba dalam kalangan pengikut Instagram PU Syed.

Kebanyakan yang menonton mendoakan agar perjuangan frontliner ini diberkati dan dilindungi.

“Sedih pulk tengok akk nurse. Didoakn moga adik2 ku ini dipermudahkn urusan dn dimurahkn rezeki serta bahagia keluarga masing2. Aminn”

“Semoga diberi kekuatan dan kesabaran buat semua petugas.. byk pahala kalian menjaga dan memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat malaysia”

“Aku mendoakan sedalam ikhlas hatiku untuk mereka yang berjuang ini diberikan syurga paling tinggi dan dipermudahkan segala urusan. Amiin”

Untuk rekod, seramai 33 pegawai kesihatan dari pelbagai daerah dan hospital di Kelantan menyertai Misi Bantuan koronavirus (Covid-19) di Sabah.

Menerusi laporan Sinar Harian, mereka yang terlibat terdiri daripada pegawai perubatan dan penolong pegawai perubatan serta jururawat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Continue Reading

Trending