Connect with us

#pop

Video Wanita Melayu Pertama Jadi Pembaca Berita Mandarin TV2

Kemahiran linguistik atau kemahiran menggunakan pelbagai bahasa adalah satu kemahiran yang mampu buat sesiapa sahaja terpegun apabila mendengarnya. Kemahiran ini sukar untuk dikuasai melainkan sudah belajar dari usia muda.

Di Malaysia, hampir kesemua rakyat mempunyai kemahiran linguistik. Ini kerana Malaysia didiami oleh pelbagai bangsa yang ada bahasa tersendiri. Majoriti rakyat mampu berbahasa Melayu dan Inggeris.

Baru-baru ini, tular video di laman Twitter dimana seorang pembaca berita wanita, mampu dan fasih bertutur dalam bahasa Mandarin. Ternyata video itu menarik perhatian ramai pengguna alam maya kerana terpegun dan suka akan kemahiran yang dimiliki individu tersebut.

Rasyidah Abu Johan yang merupakan pembaca berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) mencoret sejarah sebagai pembaca berita Bahasa Mandarin berbangsa Melayu yang pertama di Malaysia.

Kemahiran bertutur dalam bahasa Mandarin yang dimiliki oleh Rasyidah telah memberi impak kepada yang menontonnya. Pembaca berita berumur 32 tahun ini dipercayai mula menjadi pembaca berita Mandarin di RTM2 pada 26 Januari 2020.

Wow so Impress.. Pembaca Berita Mandarin ni Bertudung sempena Jumaat atau beliau memang Islam. Tahniah unit Berita RTM @saluran123_beritartm @rtm_malaysia satu penampilan yang Best.

Gepostet von ONECHINOIZ STUDIOS SDN BHD am Donnerstag, 2. Juli 2020

Walau bagaimanapun, komen berbaur sindiran dan negatif tidak lari dari Rasyidah. Tapi, Rasyidah mengambil inisiatif untuk tidak mengambil kisah. Malah, dia menjadikan komen negatif dan sindiran sebagai pembakar semangat.

“Kebanyakan penonton menyokong namun ada juga segelintir yang memberi komen berbaur sindiran. Tidak mengapa, saya mengambil komen itu sebagai pembakar semangat,” katanya.

Tambahan lagi, Rasyidah mengatakan bahawa impian dia adalah menjadi pembaca berita Mandarin sejak mula berkhidmat di RTM pada tahun 2011.

Bekerja belakang tabir

Sebelum bergelar penyampai berita, skop kerja Rasyidah adalah di belakang tabir iaitu membuat liputan, menulis berita, skrip dan ‘voice over’ dalam bahasa Mandarin.

Rasyidah mengakui gugup semasa kali pertama bertugas sebagai pembaca berita tetapi cuba fokus bagi membolehkan dirinya dapat menyampaikan berita ditulis rakan setugas dengan lancar.

Rasyidah berharap apa yang dilakukannya dapat menjadi inspirasi kepada semua dan mengubah persepsi masyarakat ke arah kebaikan di dalam komuniti majmuk di Malaysia.

Sekolah aliran Cina

Rasyidah mahir bertutur dan membaca bahasa Mandarin kerana mendapat pendidikan di sekolah aliran Cina bermula dari tahun satu sehingga tingkatan enam.

Pada mulanya beliau hanya mahu belajar bermain piano tetapi disebabkan majoriti pelajarnya berbangsa Cina, Rasyidah telah meminta ibu bapanya menghantarnya ke sekolah Cina.

“Ketika kecil, saya pernah memasuki kelas piano yang mana majoriti pelajarnya berbangsa Cina. Atas sebab itu, saya telah meminta ibu mendaftarkan saya ke sekolah aliran Cina kerana berminat untuk belajar bahasa Mandarin,”

Menurutnya, untuk menjadi fasih bertutur, belia perlu bergaul dengan rakan-rakan di sekolah.

“Pergaulan dengan rakan-rakan di sekolah menyebabkan saya fasih, namun saya hanya bertutur dengan kerap dalam bahasa itu ketika menjalankan perniagaan dalam talian di awal kerjaya pada tahun 2011. Ketika itu, saya ditempatkan di meja berita am sebelum beralih ke unit bisnes saluran berita bahasa Melayu,”

Sumber : Twitter/borak daily/ YOY

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya