Bekas Suami Dipuji, Tidak Ab4i Tanggungjawab Beri Nafkah Tinggi Kepada Anak Walaupun Telah Berpisah.

Tiada siapa mahu perkahwinan berakhir dengan penceraian hidup. Sesiapa sahaja pasti ingin membina keluarga bahagia bersama anak-anak. Namun, jika takdir sudah tertulis, ujian yang tidak mampu dilawan dan akhirnya penceraian juga jalan terbaik. Ada yang mengatakan itu keputusan terbaik demi kepuasan semua pihak.

Pastilah anak-anak yang selalu jadi mangsa. Apa lagi yang sudah ‘berakal’ dan mampu menilai sendiri apa yang berlaku di depan mata. Jika pihak suami dan isteri dapat meneruskan hubungan baik selepas bercerai, tidak mengapa. Dan, nasib anak-anak tidak diabaikan, ia tidak mendatangkan porak-peranda dalam kehidupan anak-anak.

Tidak dinafikan segelintir pasangan yang memilih jalan untuk berpisah pastinya mengalami kesukaran untuk memberi nafkah menyara anak-anak sehingga dihadapkan ke mahkamah kerana mengabaikan nafkah yang kebiasaannya ditanggung bapa.

Beri nafkah lebih kepada anak-anak

Namun, tidak semua bekas suami culas untuk membayar nafkah anak. Masih ada segelintir bekas suami yang masih menjalankan tanggungjawab dan menjaga kebajikan anak-anak walaupun telah bercerai.

Melalui satu perkongsian dalam group Tuntutan Nafkah Anak di Facebook, seorang lelaki dikenali sebagai Hanif Malek menyatakan dia sudah memberikan nafkah lebih dari cukup kepada anak-anaknya agar hak mereka terpelihara dan tidak terabai.

” Kita ni jadi ayah bagi nafkah kat anak biar tinggi. Sampai bekas isteri dengan peguam pun tak berani nak sebut apa-apa pasal nafkah anak dengan kita. Sampai tak ada siapa berani pertikaikan tanggungjawab kita.”

Dalam pada itu, lelaki itu turut memberitahubahawa dia menyediakan ‘nafkah’ kepada anak dalam jumlah yang besar dan akan merekodkan perkara tersebut dalam fail.

” Bagi tinggi tapi berekod, kemas kini dalam fail. Setakat hak jagaan, hak melawat ni picisan je bagi aku. Yang penting anak tu terjaga ke tak.”

” Bab duit biar saya usahakan”

Bekas Suami Dipuji, Tidak Abai Tanggungjawab Beri Nafkah Tinggi Kepada Anak Walaupun Telah Berpisah.

Selain itu, lelaki tersebut turut memuat naik bukti pembayaran nafkah anak dan mnerekod tangkap layar perbualan dengan bekas isterinya.

Walaupun sudah tidak tinggal sebumbung, namun dia tetap menunaikan tanggungjawabnya dan berterima kasih kepada bekas isteri kerana menjaga kebajikan anak-anaknya dengan baik.

Lebih mengagumkan apabila dia secara sukarela mahu mengurus segala kewangan melibatkan anak-anak termasuklah yuran serta bayaran bulanan bagi penapis air di rumah bekas isterinya itu.

Para suami yang sudah menceraikan isteri perlu tahu, anak-anak tidak akan putus hubungannya dengan si bapa walau apa pun yang terjadi.

Maka, jadilah bapa yang memegang amanah dengan terus menafkahi anak-anak walau sudah bercerai dengan ibunya. Nafkah bermaksud pembekalan keperluan hidup bagi seseorang.

Sumber : Tuntutan Nafkah Anak via maharajalawakmenteri

Check Also

Terbaring Akibat Serangan J4ntung, Pian Cecupak Meninggal Dunia. Ini Lokasi Dia Ditemui. Al Fatihah

PELAWAK terkenal Pian Cecupak meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira jam 8 malam Rabu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.