[Vide0] ‘Waa 3 line punya orang! Lu Langsiii sama waa!’ – 2 lelaki buat 0nar di PPV dit4han p0lis

Dua orang lelaki yang merupakan adik beradik tiri telah ditahan selepas didakwa telibat dalam pergaduhan dengan orang awam di kawasan letak kereta Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) di Kuala Ketil dekat sini semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu berlaku apabila salah seorang suspek yang dipercayai mabuk membuat aksi ‘drift’ di kawasan tempat letak kereta melakukan provokasi sehingga mengganggu dan mendatangkan bahaya kepada orang awam yang hadir untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Salah seorang suspek tidak berpuas hati selepas ditegur orang awam kerana tindakannya memandu kereta secara melulu serta melakukan aksi ‘drift’ di kawasan PPV.

Berlaku pergelutan di antara kedua-dua suspek dengan orang awam. Salah seorang suspek bertindak mengeluarkan kayu golf dan membuat ugutan jenayah terhadap seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan itu.

“Kejadian tersebut telah menyebabkan berlakunya pergelutan antara dua suspek dengan orang awam yang mana salah seorang daripada mereka turut mengeluarkan besi golf dan melibasnya.

“Salah seorang suspek turut membuat ugutan jenayah kepada seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Posted by Steven Antonysamy on Tuesday, September 7, 2021

Tidak beberapa lama kemudian, anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Baling datang ke lokasi dan menahan suspek berusia 19 tahun pada jam 12.30 tengah hari.

“Suspek berusia 19 tahun yang merupakan penganggur ditahan di lokasi kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum membuat rampasan besi golf di Kampung Ladang Kupang di kawasan letak kereta di situ.

“Polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Ladang Kupang di Kupang dan menahan seorang suspek berusia 27 tahun bekerja sebagai operator kilang sarung tangan serta merampas sebuah kereta jenis Proton Saga,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar, Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Merbahaya dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.