Wajah Kanan Ainul Mardhiah Tak Bergerak, Ayah Ainul Rujuk Pakar Bedah Plastik

SUATU ketika dahulu, nama Ainul Mardhiah menjadi sebutan rakyat Malaysia apabila pada usia lapan bulan telah ᴍᴇɴᴅᴇʀɪᴛᴀ ᴋᴀɴꜱᴇʀ ‘germ cell tumor’ di bahagian mulut.

ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ yang dilakukan pada pertengahan tahun 2019 telah mengharukan rakyat Malaysia apabila sepasukan doktor pakar di United Kingdom berjaya melakukan ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ ᴍᴇᴍʙᴜᴀɴɢ ᴛᴜᴍᴏʀ seberat 200gm dari mulutnya.

Menerusi perkongsian terbaharu, Ahmad Safiuddin berkongsi mengenai perkembangan terkini anak sulungya mengenai ᴋᴏᴍᴘʟɪᴋᴀꜱɪ selepas major ᴏᴘᴇʀᴀᴛɪᴏɴ sehingga mengakibatkan wajah sebelah kanan tidak dapat digerakan.

Menurut Ahmad Safiuddin lagi, jika tiada perubahan setelah anaknya berusia 12 tahun, ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ plastik perlu dilakukan agar anaknya dapat bercakap dengan sempurna.

Saya nak share sedikit tentang kesan/komplikasi selepas major ᴏᴘᴇʀᴀᴛɪᴏɴ Ainul di Great Ormond Street Hospital dahulu. Jika kita perhatikan muka Ainul, kita akan nampak ʙᴇɴɢᴋᴀᴋ disebelah kanan pipinya.

Wajah Kanan Ainul Mardhiah Tak Bergerak, Ayah Ainul Rujuk Pakar Bedah Plastik

Saya rasa, hanya ini sahaja ᴋᴏᴍᴘʟɪᴋᴀꜱɪ ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ di UK dahulu. Muka Ainul di sebelah kanannya tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan saraf-saraf di muka kanannya tidak dapat disambung semula.

Saraf-sarafnya ketika itu memang sangat halus. Umurnya pada waktu itu baru 8 bulan. Jadi memang agak mustahil Pakar dapat sambungkannya sama seperti asal. Dan memang itu lah ᴋᴏᴍᴘʟɪᴋᴀꜱɪɴʏᴀ, Jawab Pakar.

Ainul tidak dapat gerakkan muka disebelah kanannya. Jika Ainul senyum atau ketawa, kita boleh lihat pipi disebelah kanannya tidak dapat digerakkan (mimik muka). Hanya di sebelah kiri mukanya sahaja berfungsi dengan baik.

Wajah Kanan Ainul Mardhiah Tak Bergerak, Ayah Ainul Rujuk Pakar Bedah Plastik

Begitu juga ketika Ainul menangis. Kebiasaannya jika kita menangis, mata akan tertutup rapat. Tapi apabila Ainul menangis, hanya mata kirinya sahaja dapat ditutup rapat. Mata kanannya pula akan terbuka. Tapi alhamdulillah, ketika tidurnya, matanya kedua-dua belah dapat ditutup rapat. Ini pun cukup syukur!

BAKAL RUJUK PAKAR PLASTIK

Kalau dulu selepas ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ, memang nampak ʙᴇɴɢᴋᴀᴋ disebelah muka kanannya. Sekarang ini alhamdulillah, nampak sedikit surut. Much better berbanding dahulu.

Tapi apa pun, kami tetap bersyukur dan ini hanyalah masalah kecil. InshaAllah nanti bila Ainul dah besar, kami akan rujuk Pakar Plastik untuk buat reconstruction (Jika perlu).

Sebenarnya sebulan yang lepas kami memang sudah jumpa Pakar Plastik berkenaan saraf mukanya yang ᴅᴀᴍᴀɢᴇ ni, Pakar Nasihat Ainul ini masih kecil. Budak kecil ni sel-sel dan saraf-sarafnya akan tumbuh baru setiap hari.

Jadi, berkemungkinan muka disebelah kanan Ainul boleh pulih sendiri. Mungkin. Sebab kanak-kanak bukan seperti orang dewasa. Kanak-kanak punya ʀᴇᴄᴏᴠᴇʀʏ sangat pantas.

Tapi andai kata bila sudah besar nanti, keadaan muka kanannya masih sama, ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ Plastik boleh dilakukan. Tapi, bukan lah dalam masa yang terdekat. Mungkin tunggu Ainul 12 tahun dan ke atas. Tapi jika perkara ini mengganggu proses percakapannya, pembelajarannya, pemakanannya, mungkin ᴘᴇᴍʙᴇᴅᴀʜᴀɴ akan diawalkan.

Wajah Kanan Ainul Mardhiah Tak Bergerak, Ayah Ainul Rujuk Pakar Bedah Plastik

Pakar menasihati, Biar lah Ainul main dulu. Dia dah banyak struggle pada awal ᴋᴇʟᴀʜɪʀᴀɴɴʏᴀ. Biar Ainul rehat. Asalkan dia aktif, dia boleh makan, boleh bermain, leave her alone. Ainul perlu ruang setelah banyak melalui procedure procedure besar sebelum ini.

Bab muka Ainul ini minor sahaja. InshaAllah boleh dibaiki apabila besar nanti.

Pada kami, perkembangan Ainul yang sekarang sudah cukup berharga. Jauh beza dengan keadaannya dahulu. Alhamdulillah. Nikmat ini pun sudah membuatkan kami rasa syukur.

Yang lain-lain itu, biar lah masa yang menentukan. Biarpun ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴɴʏᴀ mengambil masa yang lama, itu tidak mengapa. Asalkan Puteri kami ini kekal sihat dan ceria seperti kanak-kanak yang lain.

Reaksi Warga maya

Facebook Ahmad Safiuddin

Nak macam-macam info? Join Group Facebook

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …