Connect with us

#pop

Wakil dari agama Kristian, Hindu juga sedar dan akui bahaya arak

Penguatkuasaan undang-undang oleh pemerintah penting dalam menangani masalah pengambilan alkohol yang menimbulkan akibat negatif, tetapi membina kesedaran melalui peranan masyarakat juga adalah lebih utama.

EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri, Razman Zakaria menyatakan, kesedaran melalui pendidikan dan kawalan keluarga mengenai bahaya arak akan menjadikan usaha ini lebih menyeluruh.

Beliau mengemukakan perbincangan isu ini semasa menerima lawatan tokoh dan pemimpin agama Kristian, Bishop RT Rev Samuel Kanagaraj Thanggabelu dan wakil Kuil Hindu Sivachariar Siva Sri, Gopalakrisnan Govindasamy.

“Kekangan yang semakin berleluasa ini memerlukan kerjasama dari semua pihak. Oleh hal demikian, saya (juga) berharap (lebih) ramai tokoh masyarakat, organisasi awam dan badan bukan kerajaan (NGO) akan tampil bekerjasama dengan kerajaan negeri (supaya) kita sama-sama mengatasi masalah ini,” ujarnya.

Pertemuan ketiga pihak membincangkan mengenai hal pembangunan modal insan dan pendidikan masyarakat pelbagai agama itu juga memandang serius melihat masalah penyalahgunaan alkohol yang memerlukan peranan semua pihak dalam membanterasnya.

Razman juga berkesempatan menjelaskan pandangan Islam berkaitan Maqasid Syariah mengenai kaitan arak dan penjagaan akal sihat yang turut diakui wakil Kristian dan Hindu dimana tersebut juga larangan serta kesan buruk arak dalam agama mereka.

Turut hadir ialah Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Perak, Surianarayanan Sannasy Naidu dan Ahli Jawatankuasa DHPP Perak, Mohamad K.Y Tiang di Pejabat Ahli Mesyuarat Kerajaan itu, di sini baru-baru ini.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya