Connect with us

#celeb

Walaupun Sebak Saya Lepaskan Dengan Rela Hati. Liza Abdullah Terkilan Dalam Gembira Dapat Menantu Pertama

Pelakon Norliza binti Abdullah atau lebih dikenali sebagai Liza Abdullah menghela nafas lega selepas majlis perkahwinan anak perempuannya iaitu Nurwafuez Syahiddah, 27 berjalan dengan lancar.

Majlis pernikahan dan perkahwinan anaknya itu patuh dengan prosedur SOP yang ditetapkan kerajaan.

Tidak dinafikan perasaan gembira memang ada sewaktu melihat anaknya berkahwin, namun dia turut mengatakan perasaan kecewa dan terkilan juga ada kerana tidak dapat menjemput ramai kenalan ke majlis indah itu.

“Alhamdulillah, majlis perkahwinan satu-satunya anak perempuan saya berjalan lancar mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan… ini pertama kali saya menerima menantu semestinya perasaan sangat teruja dan gembira.

“Selepas bernikah di masjid, kita adakan kenduri di rumah sepupu saya yang berlangsung dalam suasana penuh sederhana memandangkan kita masih terikat dengan Perint4h Kaw4lan Perger4kan Pemulih4n.

“Cumanya saya sedikit terkilan sebab tak dapat nak jemput ramai kenalan ke majlis ini… minta maaf sangat-sangat! Kita pun tak sangka situasi jadi begini kerana ikutkan perancangan awal sudah tempah dewan nak jemput ramai tetamu,” katanya kepada mStar.

Dia yang pernah menceburi bidang-bidang seperti pengacaraan dan lakonan telah diijab kabulkan dengan lelaki pilihannya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan bernama Shahidan, 30, pada hari Jumaat.

Liza telah kongsikan kemeriahan majlis anaknya itu yang bertempat di Alam Impian, Shah Alam, Selangor, menerusi akaun sosial Instagram.

Saya mohon orang ramai mendoakan kebahagiaan anak saya dan kami sekeluarga… pertama kali terima menantu walaupun sebak tapi saya lepaskan anak dengan rela hati.

LIZA ABDULLAH PELAKON

Selain itu, Liza Abdullah juga berkesempatan mengucapkan rasa syukur atas semua persiapan majlis perkahwinan anaknya ditolong dengan bantuan keluarga bekas suaminya.

“Walaupun buat kecil-kecil sahaja tapi keluarga bekas suami antaranya adik ipar banyak membantu merealisasikan majlis ini.

“InsyaAllah, kalau ada rezeki kami rancang nak buat majlis resepsi pada bulan Februari tahun depan dan semasa itu saya akan jemput semua kenalan untuk hadir.

“Saya mohon orang ramai mendoakan kebahagiaan anak saya dan kami sekeluarga… pertama kali terima menantu walaupun sebak tapi saya lepaskan anak dengan rela hati,” ujarnya.

Liza dan Zolkifli Abdul Rahman mendirikan rumahtangga pada tahun 1988 dan bercerai pada tanggal 24 Februari 2014.

Sewaktu dalam perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 31, Zulsyahmi Naqib, 19, Nurwafiez Syahiddah, 27 dan Zulsyahmi Afif, 16.

Sumber: mStar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending