Connect with us

#pop

Wanita Minta Cerai, Rimas Suami Terlalu Penyayang. Ini Jawapan Dari Mahkamah Untuk Si Isteri

Perkahwinan merupakan fasa dimana seseorang individu ingin menamatkan zaman bujangnya. Dalam konteks Islam, ia adalah salah satu Sunnah yang dituntut. Perkahwinan adalah perkara yang mulia. Namun, memilih calon pasangan merupakan satu ujian kerana kita tidak tahu bagaimana sifat dan personaliti seseorang itu. Mungkin ia terlalu panas baran, penyayang, kedekut dan lain-lain.

Baru-baru ini, kejadian berlaku di Uttar Pradesh, India dimana seorang wanita ingin bercerai hanya kerana suaminya itu terlalu penyayang dan tidak pernah bergaduh atau bertengkar. Wanita itu failkan penceraian di mahkamah selepas mendirikan mahligai lebih 18 bulan.

Menurut sumber The Week, wanita tersebut mengatakan bahawa dia rasa bosan dan tidak boleh terima kelakuan suaminya kerana meluahkan perasaan dengan penuh rasa cinta.

Wanita itu menambah, dia turut merasa rimas kerana suaminya sekalipun tidak pernah meninggi suara atau marah walaupun dia melakukan kesilapan berulang kali.

“Kadang-kadang dia memasak untuk saya dan membantu saya melakukan tugas-tugas rumah tangga.

“Setiap kali saya melakukan kesalahan, dia selalu memaafkan saya… saya pelik,” katanya.

Wanita itu juga memberitahu yang dia berniat untuk tidak meneruskan kehidupan dengan suami atas sebab suaminya sering bersetuju dengan segala kata-kata dan cadangan wanita berkenaan.

Dalam pada itu, pihak mahkamah bertindak menolak permohonan dikemukan wanita itu dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai melulu. Wanita tersebut tidak berhenti usaha di tengah jalan, dia sekali lagi meminta cerai di Panchayat, namun sekali lagi usahanya telah gagal menuju jalan mati. Pihak mahkamah meminta kedua pasangan itu menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Ada juga yang sebegini ya? Tidak mencurah kasih sayang, salah, terlebih curah kasih sayang pun salah. Apa-apa pun, semoga mereka menjumpa jalan penyelesaian yang memberi manfaat kepada dua belah pihak.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya