VIDEO | ‘Awek Getah’ Tak Peduli Setiap Hari Bergelumang Bau Busuk – “Mulut Orang Bukan Kita Boleh Tutup”

DALAM kerjaya yang biasanya dimonopoli kaum lelaki, terselit kehadiran gadis ini sehingga dia berjaya mencuri perhatian ramai orang.

Mana tidaknya, Lily Nur Elliyana Mohamad, 19, yang juga anak perempuan kepada tauke getah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan mula meneruskan legasi ayahnya sejak tamat dari sekolah.

Mesra disapa Lily, anak bongsu dari 6 beradik ini mengakui bahawa dia tidak malu, malah bangga dengan apa yang telah diusahakan bapanya, Mohamad Abu Hassan, 64, sejak sekian lama.

“Selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terus bekerja dengan ayah. Kami membeli getah daripada penoreh di sekitar Kuala Pilah.

“Dah 7 tahun ayah buat kerja ni. Dulu masa tingkatan 2, saya selalu ikut ayah. Mula-mula jadi kerani, tolong kira duit.

'Awek Getah' Tak Peduli Mulut Orang Setiap Hari Bergelumang Bau Busuk - 'Awek Getah' Tak Peduli Mulut Orang Setiap Hari Bergelumang Bau Busuk -

Kata Lily, dia mahu bekerja dan mencari pengalaman dengan bapanya.

“Sekarang saya kerja dengan ayah, nak cari pengalaman dulu sebelum cuba kerja lain pula selepas ini,” ujarnya kepada mStar.

Menggelarkann dirinya sebagai ‘Awek Getah’ di media sosial, Lily mengakui bahawa dia tidak pernah menyangka perkongsian kisah hidupnya akan tular di media sosi4l.

Selain menerima komen pujian, dia juga tidak terlepas menerima komen kritik dan kecaman di aplikasi TikTok.

“Mereka kata hidung saya tak berfungsi. Hari-hari dah bergelumang, saya dah terbiasa.”

-LILY-

“Ayah sendiri kata, dia tak pernah tengok perempuan buat kerja ini. Awal-awal dulu saya kekok juga, sekarang boleh buat A sampai Z.

“Boleh tak boleh, saya buat je. Tapi ia kerja yang memenatkan fizikal. Saya tak ada niat nak famous bila kongsi video di TikTok.

“Komen negatif tu mesti ada. Mereka kata, orang lain pun buat kerja berat, tapi tak menunjuk. Tapi tak apa, saya ambil kata-kata itu sebagai pembakar semangat. Mulut orang kita tak boleh nak tutup.

'Awek Getah' Tak Peduli Mulut Orang Setiap Hari Bergelumang Bau Busuk -

Lily dan bapanya membeli getah di sekitar Kuala Pilah.

“Ada juga yang tanya pasal bau getah. Mereka kata hidung saya tak berfungsi. Hari-hari dah bergelumang, saya dah terbiasa,” ujarnya lagi.

Paling mencuri tumpuan di TikTok tentunya video memaparkan Lily duduk di bahagian belakang sebuah pacuan empat roda bersama timbunan getah yang dibeli daripada penoreh.

Kata Lily, dia bagaimanapun bersyukur apabila ramai netizen memberi komen sokongan dan mendoakan kejayaannya.

“Saya cuma nak ucapkan terima kasih. Walaupun tak kenal di dunia nyata, mereka tetap doakan saya murah rezeki dan berjaya.

“Banyak sebenarnya saya belajar bila kerja dengan ayah. Mental ayah sangat kuat, semua benda dia nak buat.

“Macam-macam ragam pelanggan pun dia hadap je,” ujarnya mengakhiri bicara.

@lilyellll##fyp ##tiktokmalaysia ##hiluxgetah ##hiluxoffroad ##4x4offroad♬ original sound – Pinkyyy_🇲🇾

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …