Tak Tahan Kereta Depan Kerap Brek, Lelaki Bengang Tendang Kereta Dipandu Wanita

Kerap brek, lelaki tendang kereta dipandu wanita

Johor Bahru: Gaya pemanduan seorang wanita yang didakwa kerap membrek kenderaan ketika di jalan raya, mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang kemudian menendang pintu kereta mangsa hingga kemek.

Menurutnya, siasatan awal ke atas rakaman tersebut mendapati kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 10.19 malam pada 31 Oktober yang lalu.

Kerap brek, lelaki tendang kereta dipandu wanita

“Mangsa seorang wanita memandu kereta jenis Honda City warna hitam berada di persimpangan lampu isyarat berdekatan R&F Mall di Jalan Tanjung Puteri menghala ke Stulang Laut.

“Tiba-tiba mangsa telah dihalang suspek iaitu seorang lelaki berusia 36 tahun dengan menggunakan kereta jenis Proton Wira warna kuning.

“Suspek turun daripada kenderaannya dan menghampiri kereta mangsa, serta mengarahkannya (mangsa) keluar.

“Namun mangsa tidak berbuat demikian kerana bimbang akan keselamatan diri.

“Suspek memarahi mangsa sebelum menendang pintu hadapan sebelah kiri kereta milik wanita itu hingga kemek.

“Susulan kejadian tersebut, mangsa yang takut meninggalkan tempat kejadian dan membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Raub berkata, susulan rakaman percakapan terhadap kedua-dua individu terlibat, suspek mengaku memarahi dan menendang pintu hadapan kereta milik mangsa kerana perselisihan faham serta tidak berpuas hati dengan cara pemanduan mangsa yang didakwa kerap membrek kenderaannya ketika berada di jalan raya.

“Dalam kejadian ini, mangsa mengalami kerugian anggaran RM500 dan kes dicadangkan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) iaitu kepada pihak insurans.

“Polis menasihati orang ramai, khususnya pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan menerapkan sikap pemanduan berhemah dan sabar agar mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

JANGAN LUPA SHARE ARTIKEL INI KEPADA KELUARGA DAN RAKAN ANDA! SUPAYA MEREKA JUGA TAHU APA YANG ANDA TAHU

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.