Wanita s4rat hamiI tujuh buIan tergeIincir tunggang kuda

“ Itulah minta puji sangat tak sayang baby dlm perut ya nak tunggang kuda sangat tunggulah lepas beranak dulu nak tidur atas kuda terus pun tak apa.. ” – netizen

Kecoh dalam ruangan sosial media apabila tular seorang wanita sedang sarat mengandung tujuh bulan terjatuh ketika sedang menunggang seekor kuda.

Berdasarkan video yang tersebar di Twitter, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nor Azila Mohamed Azmi sedang menunggang seekor kuda namun secara tiba-tiba tergelincir.

RAKAMAN VIDEO ADA DIBAWAH SEKALI

Ramai dalam kalangan pengguna laman sosial melahirkan kebimbangan terhadap wanita tersebut terutama kondisi anak yang dikandung dalam perutnya.

Ingin menjelaskan perkara sebenar, Nor Azila tampil memberikan penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

Dalam pada itu, Nor Azila berpendapat sukan berkuda sesuai untuk wanita hamil namun dengan pengawasan yang rapi dan sukan itu sudah sebati dalam dirinya.

“Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil ini bukan tak boleh tapi cuma perlu berhati-hati. Macam dalam video tu saya terlebih pergerakan dan berlaku kesilapan teknikal hingga tergelincir.

“Saya seorang penunggang kuda dan memiliki seekor kuda bernama White Rose. Rose ibarat anak saya dan sudah berbulan-bulan tidak datang menjenguknya.

“Menunggang kuda masa mengandung bagus sebab bantu perbetulkan posisi badan ibu hamil selain memudahkan proses bersalin juga. Kuda hanya suka pada orang yang tenang. Lagipun tunggang kuda sebahagian daripada amalan sunnah dan mengajar kita sifat kepimpinan,” ujarnya.

Wanita s4rat hamiI tujuh buIan tergeIincir tunggang kuda

Menurutnya lagi, dia adalah seorang penunggang kuda dan kuda tersebut adalah miliknya sendiri. Sebelum bersalin, dia datang jenguk kuda kesayangan untuk mengeratkan lagi bonding.

Apa-apapun, dia mengucapkan terima kasih di atas teguran dan sikap prihatin orang ramai terhadap aksi tersebut.

Difahamkan, kejadian mendebarkan itu berlaku di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Rubinga Equine Centre (MREC), Serdang.

TONTON VIDEO CLICK DISINI: cikpuanazila_cpa

Sumber: K! ONLINE

Check Also

Sangka Ibu S4kit ‘Tertidur’, Anak KeciI TerIena Disisi Jasad Ibu Yang TeIah Tiada

Dugaan setiap insan itu pelbagai. Ada yang sudah diuji sedari kecil lagi sehingga mereka membesar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.