Wanita Lakukan Aksi ‘wheelie’ Ditangkap Polis

BATU PAHAT – Lagak seorang remaja wanita yang membuat aksi wheelie sambil menunjuk isyarat peace ketika menunggang motosikal dengan membonceng seorang lelaki menjerat diri sendiri apabila kedua-dua mereka ditahan polis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika dihubungi berkata, wanita berusia 21 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun tahun telah ditahan di rumah masing-masing di Jalan Pantai, di sini.

“Sebuah motosikal juga disita. Tangkapan dibuat selepas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mengesan satu video memaparkan aksi itu dalam laman sosial pada jam 2.30 petang semalam (Jumaat).

“Siasatan mendapati aksi ‘wheelie’ yang berdurasi selama 31 saat berlaku pada 4.45 petang, 10 Mei lalu di Jalan Dato’ Syed Esa di sini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.

Aksi remaja berkenaan yang tular di laman Facebook sejak semalam mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/1908396155977074

Katanya, kedua-dua tangkapan tersebut kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.

Jelasnya, siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020).

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Pihak polis katanya, menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukaj aksi-aksi yang boleh membahayakan nyawa sendiri atau orang lain, ibu bapa juga perlu memantau anak-anak mereka.

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …