“Kami menyeru ahli Parlimen parti Melayu Islam kembali bersama kerajaan PN demi agama, rakyat dan negara” – Ummah

Ismail Sabri dedah Ahmad Zahid tiada hala tuju jelas

Tiada hala tuju yang jelas ketika membuat keputusan menarik sokongan daripada kerajaaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin punca ahli Parlimen UMNO tidak menyokong saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan perkara tersebut menerusi perbualan kumpulan WhatsApp bahawa beliau dan rakan-rakan tidak tahu apa strategi UMNO dalam menjaga kepentingan negara dan rakyat.

Beliau berkata, tindakan menarik diri tanpa perancangan hanya merugikan parti kerana ia boleh menimbulkan kemarahan rakyat.

“Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO lalu saya tanya jika semua ahli Parlimen menarik diri apa perancangan seterusnya? Jika kerajaan tumbang apa untungnya kepada UMNO?” katanya

Dalam perkembangan sama, Ismail yang juga Timbalan Perdana Menteri turut mendedahkan beliau ada bertanya bagaimana UMNO hendak membentuk kerajaan dengan hanya 42 kerusi.

Bagaimanapun katanya, pertanyaan beliau itu tidak mendapat respons yang menyakinkan daripada Ahmad Zahid.

“Kita hanya ada dua pakatan lain yang besar iaitu PN dan Pakatan Harapan (PH). Jika hendak jadi kerajaan kita kena bergabung dengan salah satu. Kita tolak PH dan PN, jadi macam mana hendak membentuk kerajaan?”

“Jawapan Presiden…itu strategi..strategi tidak boleh bincang dalam mesyuarat,” kata Ismail.

UMNO menerusi kenyataan pada Selasa mengambil pendirian tidak mempertahankan kerajaan PN sekali gus menyaksikan keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kini terbatal.

Ahmad Zahid ketika sidang media dilaporkan berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam MKT yang berlangsung pada Selasa.

Pada hari yang sama, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli jemaah menteri kerajaan Persekutuan.

Tujuan dan hala tuju UMNO

Kita, mahukan sebuah kerajaan interim. Itu yg UMNO mahu. Ia berfungsi utk tumpukan kpd penyelesaian kes Covid dan ekonomi. Setelah Covid mencapai tahap komuniti kelompok.

Kerajaan interim ini akn menyerahkan balik kuasa kpd Agong utk diadakan PRU15.

Sudah tentulah seorang ketua kerajaan atau PM interim ini seorang yg berpengalanan luas dalam pentadbiran negara. Lbh baik seorang mantan PM.

Sekarang dilihat kerajaan semacam tiada haluan atau haluan yg sering bertukar-tukar tanpa satu pemimpin yg blh membuat perancangan atau keputusan yg tuntas.

PM dilihat semacam lost control terhadap kabinet.

Dlm aspek ekonomi juga tak nampak satu arah yg blh ditujukan. Ditambah menteri ekonomi yg tidak manpu utk merencana struktur ekonomi.

PM dilihat lbh mementingkan bagaimana utk menjaga kedudukannya sebagai PM berbanding utk menyelamatkan rakyat dan negara.

135 NGO Islam sokong Agong, Muhyiddin

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) bersama 135 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyatakan pendirian dan solidariti sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengekalkan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Gabungan tersebut dalam satu kenyataan bersama menyatakan, pendirian itu berasaskan kepada beberapa perkara termasuk menjunjung tinggi perkenan Seri Paduka Baginda atas kepercayaan Muhyiddin masih mempunyai majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri dan mengetuai pentadbiran kerajaan.

Menurut kenyataan itu pada Sabtu, dalam masa sama, mereka kesal dengan segelintir ahli Parlimen tertentu yang menarik sokongan terhadap kerajaan semasa.

“Sedangkan pembentukan kerajaan kini adalah persetujuan bersama ahli Parlimen Melayu Islam.

“Kami menyeru ahli Parlimen parti Melayu Islam kembali bersama kerajaan PN demi agama, rakyat dan negara.

“Kami juga menyeru semua parti politik Melayu Islam bermuafakat dan mengutamakan kepentingan nyawa rakyat yang berdepan dengan pandemik Covid-19 berbanding kepentingan politik peribadi dan kumpulan,” katanya.

Selain itu, mereka turut mendoakan agar Seri Paduka Baginda terus menaungi kerajaan, rakyat dan menstabilkan pemerintahan serta pentadbiran negara.

Gabungan kerjasama tersebut antaranya melibatkan Yayasan Amal Malaysia, Muktamar Dakwah Malaysia, Pertubuhan Cakna Insan Muslimah Taiping, Jaringan Muafakat Intelektual Negeri Kelantan (Jamin), Pertubuhan Prihatin Sumaiyyah Kuala-Lumpur (Sumaiyyah Care) dan Konfederasi NGO Kelantan (KNK).

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.