“Kita Pertahankan, Mohon DOA Rakyat Malaysia,” Ziyad Kekal Juara.

Terdahulu Ziyad Zolkefli berjaya memperagakan aksi yang baik apabila berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara lontar peluru. Lebih manis lagi, beliau bukan sahaja beejaya memecahkan rekod dunia, malah mengatasi catatan rekod kebangsaan atlet normal 17.58 yang dipegang oleh Adi Alifuddin Hussin pada Sukan SEA 2011.

Lontaran ketiganya, 17.94 berjaya memecahkan rekod dunia 17.29 miliknya yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London 2017. Namun segala rekod ini lebur selepas keputusan lemah oleh pihak penganjur disebabkan kelewatan untuk masuk ke ruang menunggu.

Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Berdasarkan semakan di laman Paralimpik Tokyo, ketiga tiga atlet terbabit mendapat status ‘DNS’ sekali gus menyebabkan mereka dianggap tidak layak beraksi sekalipun Ziyad sebelum itu memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.

Bagaimanapun, protes terbabit menyaksikan apa yang dilakukan Ziyad tidak dikira.

Keputusan rasmi menyaksikan Ukraine yang melakukan protes berjaya meraih pingat emas dan perak bagi acara lontar peluru F20.

Susulan itu, pingat emas menjadi milik Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter sekali gus menjadi rekod dunia sementara pingat perak dirangkul Oleksandr Yarovyi yang mencatat balingan 17.30.

Gangsa dimiliki atlet dari Greece, Efstratios Nikolaidis yang melakukan catatan 15.93m.

Keputusan mengenai isu pembatalan pingat emas yang dimenangi atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tampak hanya dapat dimuktamadkan hari ini.

Perkembangan itu dikongsikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi akaun Twitternya, @PejaOfPerak, semalam.

“Protes daripada Ukraine masih diterima. Counter protest daripada 3 negara, Malaysia, Ecuador dan Australia akan dibawa ke mesyuarat CDM pagi ini.

“Kita pertahankan! Mohon doa rakyat Malaysia,” kata Ahmad Faizal.

Ahmad Faizal sebelum itu mengesahkan kem negara sudahpun mengemukakan bukti untuk membantah protes yang dilakukan kem Ukraine sehingga ‘merompak’ pingat emas Ziyad.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan kem negara sudahpun mengemukakan bukti untuk membantah protes yang dilakukan kem Ukraine sehingga ‘merompak’ pingat emas yang dimenangi Muhammad Ziyad Zolkefli.

“Protes sudah dihantar. Termasuk semua bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di ‘call room’ dan luar ‘call room. Doakan,” katanya menerusi akaun Facebook.

Sementara itu, isteri kepada Ziyad, Zafirah Mohd Nasir menjelaskan jaguh lontar peluru para negara itu hanya lewat dua minit sebelum memasuki bilik menunggu sebelum beraksi di final, petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ziyad kepada Zafirah menerusi satu temubual yang dilangsungkan di Astro Arena, sebentar tadi.

“Dia masuk lambat. Dia bercakap dengan ibunya, dia lewat dalam dua minit… tak sempat… Harapan mestilah supaya dia menang kerana dia sudah banyak berkorban untuk pergi ke Tokyo. Kita doakan apa yang terbaik untuk dia.

“Saya cakap kepadanya yang dia sudah melakukan yang terbaik. Jika tak layak pun, saya tahu dia sudah lakukan yang terbaik,” kata Zafirah.

Sementara itu, bapanya, Zolkefli Othman menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian kepada Ziyad sebagai atlet negara dan mengharapkan berita baik dapat berpihak kepada Ziyad dan juga negara.

“Mungkin (lewat) tak jadi masalah pada dia tetapi pihak lawan memandang itu sebagai satu perkara yang sangat besar dan punca masalah. Bagi dia, mungkin biasa sebab bukan masa yang lama, hanya dua minit.

“Kita bersabar dan mungkin ini satu ujian kepadanya. Inilah cabaran kepada keluarga, nak tunggu bertanding pun berdebar. Sudah menang dan gembira, berdebar balik,” katanya.

Setakat hari ini, Malaysia berjaya memperolehi emas pertama di Paralimpik Tokyo daripada Bonnie Bunyau Gustin yang bertanding dalam acara powerlifting.

Sumber : bharian.com.my dailyupdat20.com thevocket.com

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.