“Kita nie single mingle, bf pon takde, camner?” – King Coco ‘Sound’ Caprice Lepas Kapsyen Sindiran ‘Video Call Dalam Bilik Air’

Pempengaruh, King Coco yang baru saja mengesahkan bahawa dirinya bercerai dengan bekas suami, telah memberi amaran kepada rapper Caprice untuk tidak melibatkan dirinya dalam kemelut dengan individu lain.

Jelas Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail, 24, dia enggan namanya dikaitkan dalam episod yang tidak ada kaitan dengan dirinya.

“Tolong cakap dengan Caprice tu saya tak nak kena mengena dengan dia, kalau dia nak bergaduh dengan orang ini, atau nak perli orang itu, tak perlu masuk I sekali. Bang! Bang!

“Kau dengan dia ni gaduh, tak perlu masuk aku sekali. Saya tidak bergaduh dengan siapa-siapa.

“I tak suka cari pasal dengan orang, tak suka cerita pasal orang tapi orang masih sibuk pasal I. I tak nak muncul di tengah-tengah orang yang tengah bergaduh. Please… Saya tak ada masa!” tegasnya.

Setelah viral laporan King Coco bercerai dengan Azrin Anas Abdul Shukor, Caprice tampil memuat naik satu posting di Instagram, didakwa menyindir dengan ayat yang agak melampau.

‘Boleh tak tolong bagi number Caprice kat dia so boleh video call dalam bilik air’  tulis Caprice sebelum menukar kapsyen terbabit kepada ‘Hahahah boleh tak tolong bagi nombor Caprice dekat dia, so boleh video call dalam bilik-bilik…. Tuan badan ok’.

Caprice pada masa yang sama juga berkongsi perbualannya dengan King Coco di Instagram Stories, dengan menyatakan bahawa tidak ada perselisihan faham di antara mereka.

Malah, King Coco turut memberikan kata-kata nasihat buat Caprice.

a

Sementara itu, King Coco turut meluahkan rasa hatinya susulan kisah cerainya yang viral sejak pagi tadi selepas dilaporkan Gempak.

“Ya, it’s actually happening. But, i’m not sad, i’m happy, you have no worry to me. Saya okey, masih kuat.

“Tapi ramai tanya kenapa, kami kawan baik dan mahukan waktu untuk diri sendiri. Jadi, itulah yang jadi. Saya single, dah!” katanya sebak.

a

Terdahulu

“Tolong Bagi Nombor, Boleh Video Call Dalam Bilik Air” – Netizen Dakwa Caprice Perli King Coco Melampau!

Nama penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice kembali hangat apabila dia didakwa menyindir pempengaruh, King Coco dengan melampau.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Caprice telah memuat naik posting mengenai berita King Coco yang mendedahkan dirinya kini sudah bercerai.

“Hahahah boleh tak tolong bagi nombor Caprice dekat dia, so boleh video call dalam bilik air,” tulisnya ringkas.

a

Namun kapsyen yang ditulisnya telah mengundang kemarahan netizen selain mendakwa tindakan Caprice itu melampaui batas.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendakwa kapsyen yang ditulis Caprice itu berbaur gangguan seksual.

a

a

a

Bagaimanapun selepas menyedari kapsyen itu mengundang kecaman, Caprice kemudiannya telah memperbetulkan (edit) penulisannya.

““Hahahah boleh tak tolong bagi nombor Caprice dekat dia, so boleh video call dalam bilik-bilik…. Tuan badan ok,” tulisnya ringkas sebentar tadi.

a

Sebelum ini, PU Syed telah menegur dan memperbetulkan Caprice susulan kenyataan bersumpahnya baru-baru ini.

Caprice sebelum ini lantang melakukan pendedahan demi pendedahan melibatkan kelakuan tidak baik seorang pendakwah.

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber: Gempak

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.