“ᴍɪɴᴜᴍɴʏᴀ ᴀᴘᴀ sᴀʏᴀɴɢ?”- ʀᴇsᴛᴏʀᴀɴ ᴅɪ ɪɴᴅᴏɴᴇsɪᴀ ɪɴɪ ᴛᴜʟᴀʀ sᴇʙᴀʙ ᴘᴀɴɢɢɪʟ ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀɴ sᴀʏᴀɴɢ

Selain makanan yang sedap, layanan baik dan mesra juga antara faktor penting dalam pemilihan sesebuah restoran. Kalau staf kedai makan tu tak friendly dan muka macam nak makan orang, memang confirm la kita tak akan repeat dine in kat situ kan.

Kali ini, ada berita baik untuk anda yang sedang single sebab sebuah restoran di Indonesia ini ada panggilan nama yang unik khas untuk pelanggan mereka! Menurut Solopos.com, restoran Alami Sayang yang terletak di Wonogiri, Jawa Tengah, Indonesia ini telah memanggil pelanggan mereka dengan panggilan sayang sejak dari awal pembukaannya lagi.

“Minumnya apa sayang?”- Restoran Di Indonesia Ini Tular Sebab Panggil Pelanggan Sayang

Salah seorang staf restoran berkenaan yang dikenali sebagai Asih berkongsi cerita bahawa idea itu bermula apabila tuan empunya restoran itu iaitu Sulastri telah berkunjung ke sebuah kedai menjual sayur di Kalimantan pada suatu ketika dulu dan penjual sayur tu panggil pelanggannya ‘sayang’.

Jadi, timbullah idea yang serupa dan pemilik restoran tu nekad akan guna panggilan yang mesra juga kepada pelanggannya apabila dia membuka sebuah kedai makan nanti. Asih juga menceritakan bahawa dia dah jumpa pelbagai reaksi daripada pelanggan apabila disapa dengan nama sayang.

Ada yang terkejut, ada yang rasa benda tu kelakar dan ada juga yang buat kekasih customer tu masam muka. Namun, dorang akan explain pada pelanggan bahawa semua yang datang akan disapa dengan gelaran tersebut, tak kira tua atau muda. So, semua pelanggan adalah istimewa di kedai ni. 

Bagus jugak idea ni kan. Baru lah semua pelanggan tu rasa diri tu disayangi. Lepas ni kalau kita dah boleh melancong ke Indonesia, boleh la try makan kat restoran ni kan. 

Sumber: Solopos.com, Suarasurakarta.id

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : lobak Merah mediamalaya.cc

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.