“Isteri jenis apa ini?” (Video) Suami Bengang Isteri Sibuk Main Telefon Bimbit Hingga Tak Masak, Dapur Berselerak.

Sebuah video yang menunjukkan aksi seorang isteri yang sibuk dan leka bermain dengan telefon bimbitnya sehingga tidak memasak dan membiarkan dapur dalam keadaan berselerak menjadi viral di media sosial setelah dikongsi oleh suaminya sendiri, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Melalui video yang dikongsi di TikTok tersebut, seorang lelaki didakwa suami wanita itu memberitahu bahawa dia merasa marah setelah mendapati isterinya tidak menyediakan makanan untuknya ketika dia kembali pulang dari tempat kerja.

Selain itu juga, terdapat banyak pinggan kotor yang tidak dicuci di dalam sinki. Wanita tersebut juga dilihat sedang leka bermain dengan telefon bimbit.

Oleh kerana dia tidak memasak, wanita itu menyuruh suaminya memasak mi segera malah meminta tolong suaminya mencuci pinggan kotor untuk digunakan.

“Isteri jenis apa ini? Salahkah kalau saya menghalau dia keluar dari rumah?” tulis lelaki tersebut pada keterangan video.

Video tersebut mendapat pelbagai komen dan reaksi dari warganet dengan ada sebilangan dari mereka yang menyokong lelaki berkenaan, malah ada yang mempersoalkan mengenai tanggungjawabnya.

“Banyakkan bersabar. Penat lelah anda akan menjadi ibadah. Apa yang penting, jangan dilepaskan kemarahan kepada anak,” komen seorang netizen.

“Berapa jumlah duit belanja dapur yang diberi kepada isteri? Tak mungkin kalau sering diberi duit belanja tapi isteri tidak masak apa-apa. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya,” kata seorang pengguna lain. – Agensi

Video Tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kanjeng_mamiew2 (@kanjeng_mamiew2)

Sebelum kita mengenal wanita-wanita penghuni Neraka alangkah baiknya jika kita menoleh kepada peringatan-peringatan Allah s.w.t. di dalam Al Quran tentang Neraka dan azab yang tersedia di dalamnya dan perintah untuk menjaga diri daripadanya.

Allah s.w.t. berfirmanyang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikatmalaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(Surah At Tahrim ayat 6)

Imam At-Tobari (rahimahu ‘Llah) menyatakan di dalam tafsirnya : “Ajarkanlah kepada keluargamu amalan ketaatan yang dapat menjaga diri mereka dari Neraka.”

Mengenai hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka.

Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:
“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita.

Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?”

Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.”

Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?”

Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ”  (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Imam Qurthubi (rahimahu ‘Llah) menjelaskan maksud hadis di atas dengan pernyataannya :

“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangankesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tazkirah halaman 369)

Sumber: Kosmo, IG Kanjeng

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.