Ketika Diminta Menunjukkan IC, Lelaki Ini Selamba Suruh PoIis Tunjuk Kad Kuasa. Apabila Didakwa, Ini Keputusan Mahkamah Yang Mengejutkan

Andai kata anggota atau pegawai polis meminta anda untuk menunjukkan MyKad sebagai tujuan pemeriksaan.

Persoalannya, bolehkah anda meminta anggota atau pegawai polis tersebut untuk menunjukkan kad kuasa mereka terlebih dahulu?

Satu kes pendakwaan yang dibicarakan di Mahkamah Masjistret Kajang mengenai masalah tersebut menarik untuk diamati, yang lebih menarik lagi keputusan diberikan bukan satu, tetapi oleh dua mahkamah yang berkaitan dengan persoalan utama itu.

Pada tanggal 3 Mei 2018, sekitar jam 8.15 pagi, C Preevan (34 tahun ketika kejadian) berada di hadapan sebuah rumah di Taman Rakan, Kajang bagi membantu sepasukan polis menjalankan operasi untuk menangkap seorang suspek berkaitan dengan satu aduan jenayah.

Sementara Preevan menunggu di perkarangan kediaman tersebut, 2 anggota (seorang konstable dan seorang lans koperal) telah tiba untuk membantu pasukan pertama yang sedang menjalankan operasi di situ.

Melihat Preevan sedang mengambil gambar menggunakan telefon bimbit, mereka meminta Preevan menunjukkan kad pengenalannya, tetapi dia menolak dan sebaliknya meminta mereka menunjukkan kad kuasa terlebih dahulu.

Terjadi sedikit ‘pertengkaran’ dan Preevan didakwa atas pertuduhan ‘dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam daripada menjalankan tugas dan sudah melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.’

Sekiranya didapati bersalah, Preevan boleh dipenjara sehingga 2 tahun atau denda hingga RM1O,OOO atau kedua-duanya sekali.

Di Mahkamah Majistret Kajang tempat prosiding berlangsung, S Sivashankar mewakili bagi pihak Preevan, berhujah berpendapat bahawa kejadian yang terjadi di Taman Rakan adalah salah faham dan bukan satu perlakuan disengajakan.

” Tertuduh (Preevan) telah meminta kad penguasa polis ditunjukkan sebelum dia bersedia menunjukkan kad pengenalannya. ”

” Ini adalah satu permintaan yang munasabah daripada seorang orang awam, ” katanya.

Ini, kata beliau, bertentangan dengan Peraturan Polis 1952 Bahagian 1 Peraturan 2 Sub-Peraturan Pelanggaran Disiplin 27 dan 39.

” Adalah sangat jelas bahawa anggota polis yang terlibat telah melakukan kesalahan tatatertib yang serius kerana gagal menunjukkan kad kuasa mereka ketika diminta oleh defendan, ” katanya.

Beliau juga menekankan bahawa kedua-dua pegawai polis tersebut tidak menyatakan dalam laporan yang dibuat terhadap tertuduh, sama ada mereka ada menunjukkan kad kuasa seperti yang diminta oleh Preevan.

Keputusan hakim mahkamah majistret

Memperhalusi hujah tersebut, Majistret Nor Afidah Idris yang mengadili kes itu memutuskan bahawa apa yang berlaku merupakan salah faham dan tidak timbul unsur tertuduh dengan sengaja menghalang kerja polis.

Malah, beliau berkata, pegawai polis telah gagal memperkenalkan diri sebagai anggota penguat kuasa undang-undang kepada suspek di tempat kejadian.

” Kedua-dua anggota polis itu juga gagal memaklumkan kepada tertuduh bahawa mereka sebenarnya dalam tugasan untuk membantu pasukan pertama yang membuat serbuan di lokasi kejadian,” katanya.

Oleh itu, beliau dalam penghakimannya yang bertarikh 18 Disember 2019 memutuskan untuk melepas dan membebaskan Preevan dari pertuduhan di akhir kes pendakwaan tanpa perlu membela diri.

Pihak pendakwaan yang tidak berpuas dengan keputusan tersebut mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Keputusan hakim mahkamah tinggi

Tetapi Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustafa turut memutuskan perbuatan meminta seseorang anggota polis untuk menunjukkan kad kuasa bukan bermaksud menghalang tugas mereka.

Beliau berkata Police Regulations 1952 dengan jelas meletakkan tanggungjawab di pihak anggota dan pegawai polis untuk mendedahkan identiti sebelum melaksanakan tugas masing-masing.

” Seseorang awam tidak boleh dikatakan melakukan kesalahan (dengan menghalang seorang penjawat awam daripada menjalankan tugas) hanya semata-mata kerana dia meminta anggota polis itu menunjukkan kad kuasa,” katanya.

Dalam rayuan pendakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam itu, Preevan diwakili peguam Jeyaseelan Anthony.

Jeyaseelan dalam penggulungan hujahnya menegaskan bahawa Regulation 26 sebagaimana terkandung dalam Police Regulations 1952 menetapkan seseorang anggota atau pegawai polis sebagai penjawat awam tidak boleh menyembunyikan identiti mereka.

Tambahan pula, katanya, Regulation 39 menyebut permintaan mana-mana orang awam untuk melihat kad kuasa seseorang anggota atau pegawai polis yang disangsikan penampilannya adalah munasabah dan tidak boleh ditolak.

Dan penetapan itu, kata peguam berkenaan, turut merangkumi anggota atau pegawai polis yang bertugas dengan berpakaian preman.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.