Gatal2 pergi berhimpun dah kenapa? Berani buat berani tanggung la.

Penganjur acara nyalaan lilin untuk memperingati mangsa ᴄᴏᴠɪᴅ-19 pada 19 Ogos lalu meminta sumbangan orang ramai bagi membantu membayar kompaun kepada para peserta yang ditahan sebelum ini.

Minggu lalu, seramai 31 peserta acara berkenaan dibawa ke balai polis dan didenda RM2,000 setiap seorang, menjadikan jumlah keseluruhan denda berjumlah RM62,000.

Dalam satu kenyataan hari ini, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berharap orang ramai dapat membantu meringankan beban mereka.

“Sehubungan itu, kami ingin meminta jasa baik rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi untuk menyumbang bagi membantu peserta membayar kompaun yang dikenakan,” kata mereka.

“Pihak Sekretariat sedang berbincang dengan beberapa rakan peguam berkenaan tindakan yang akan diambil dan kami tidak menolak untuk menyaman pihak polis kerana tangkapan yang dibuat tidak berasaskan lunas perlembagaan dan peserta yang ditahan tidak diberikan akses untuk diwakili oleh peguam setiap seorang,” tambah SSR.

Antara komen netizen:

“Ada cara lain la kalau nak memperingati mangsa C19..Buat bacaan tahlil online ke, mcm2 cara ada..Sendiri yg cari pasal, tanggung la..apa hal nak minta kat rakyat, bukan semua org setuju dgn cara mcm tu.. ” – Zaidil Efendy Zasdar

“Bukannya dia orng ni tak tahu risiko didenda …bila berkumpul tu dh tentu turut bersedia dngn duit yg cukup jika didenda …kalau ada penaja mungkin dia orng akan berkumpul tiap2 minggu …mungkin kalau penaja nk berguling atas jalan pun ianya boleh dibincangkn  ” – Mat

“Korang yg cari masalah lepastu org lain pulak yg korang harapkan utk bayarkan kompaun utk korang…banyak cantik muka korang!!! ” – Galang Pangalila

“Kesian ibubapa yg membesarkan dn menghantar ank belajar tinggi2…rupa2nya ini lah hasilnya..minta sedekah atas melawan/menghalang penguatkuasa menjalankan tugas ” – Amil Msd

“Mintak SSadiq…dia banyak dpt collection ari tu. Org ramai pun tgh sesak la weii. Kojo tak do, bisnes tak dpek buek. Pandai buat…bayor je la. ” – Abdul Rahim

“Gatal sgt nk berhimpun bayarla sndri.bukan xtau bnda tu salah time2 ᴄᴏᴠɪᴅ ni.bkn bdak2 xblh nk beza betul ka salah.bila kena pandai plak nk merayu tolong bayar denda.time2 mcm ni 62k tu baik sedekah kat orang2 yg lbuh memerlukan barang mkn pampers susu bdak lg faedah.pandai berak pandai basuh ” – Boy Ahmad

“Next time sblm berkumpul.. Kenakan bayaran penyertaan RM2k setiap peserta.. Klu terjadi pape senang.. X perlu munyusahkan org lain menagih simpati.. Better derma kpd kempen bendera putih… Yang terjejas akibat “duduk” rmh… ” – Mohd Shahrul Faisal Ismail

“Hm.. kami sendiri bergelumang dgn hidup. Nak minta bayar kompaun korang pulak. Itulah masa buat taknak pikir. Aku dah kata. Jgn terikut2 sgt si penghasut. Korang ssh tkdanya dia nk tlg. Hahaha ” – Izi Rayhana

“Alahai. Apa pya kebodohan yg ada pd si penganjur ni? Mmg x faham lah. Pandai buat program pandailah cari bantuan sndri. Dlm sibuk2 kita nk stay at home depa pandai2 pula stay outside home. ” – Noraini-Nono Yahaya

Maklumat mengenai sumbangan boleh diperolehi di sini.

Peserta Buat Laporan Polis

Semalam, seramai 31 peserta nyalaan lilin membuat laporan polis yang mendakwa penahanan mereka tidak sah dan dinafikan hak mereka oleh pihak polis sepanjang acara itu berlangsung.

Berikutan itu polis telah memanggil sebahagian mereka termasuk peguam, untuk siasatan lanjut berkaitan acara yang diadakan di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.

Beberapa kumpulan hak asasi manusia mengkritik layanan kasar polis terhadap 31 individu berkenaan ketika acara itu berlangsung.

Salah seorang peserta yang juga ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Chong Yee Shan mendakwa dia mengalami kecederaan fizikal setelah lima anggota polis menyeretnya ke dalam kenderaan polis.

Dia telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata tindakan menafikan hak tahanan untuk mendapatkan peguam adalah melanggar Perkara 5 dan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Suruhanjaya itu juga meminta pihak polis mengiktiraf hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Sumber: MK

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.