“Dah kenapa pukul 11.30 malam masih ada pelanggan. Dalam SOP ada tulis ke berapa lama customer boleh duduk?” – Netizen ingin tahu

SEBERANG PERAI – Seramai 16 pengunjung dan seorang pengusaha sebuah restoran di Jalan Perusahaan Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini dikompaun berjumlah RM42,000 selepas didapati ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pada pemeriksaan kira-kira pukul 11.30 malam itu, polis mendapati pihak berkenaan menjalankan dan terlibat dalam aktiviti tidak dibenarkan iaitu ‘dine-in’ melebihi masa yang ditetapkan.

“Seramai 16 pengunjung lelaki dan seorang wanita pengusaha premis ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Pengunjung berkenaan masing-masing dikompaun RM2,000, manakala pengusaha premis dikompaun RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shafee, mereka didapati melakukan kesalahan aktiviti terlarang di bawah Peraturan 26 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPBB) (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (PPN) SOP Fasa 2 2021.

Beliau berkata, orang ramai dinasihati mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa PKP 3.0 dan pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada pengusaha premis makanan dan orang ramai yang melanggar SOP.

antara komen orang ramai:

“Heran aku,bnyk tempat aku tengok,kita sendiri yg tidak patuh s.o.p!!kes naik kita juga yg susah…naik fobia dah aku nak singgah mana2,pi keja balik keja je” – A Li Yashz Pishang

“Ehhh masa niaga kedai makan dari jam berapa sampai jam berapa…bukan apa .sama2 kita memperingati atra satu sama lain… sebenar aku pun tak tau kedai makan leh buka sampai pukul berapa.. ” – Zulkifli Shafie

“Kerjaan pun satu….main umum ikut dan jugak mcm mana rakyat nak ikut,benda2 mcm ini elok tak payahlah di besar2 pasal kerana mulut buat cerita habis rakyat Malaysia yang ada kelebihan lansung di beku kan kena ceerita2 mcm ini la ” – Kesabaran Kesabaran

“Rakyat nak support ekonomi Malaysia pun kena balik….kalau Gini Gaya tak payah bukak lee bagi pelingkup semua ekonomi rakyat semua…tegur laa dulu sblum Saman bagai….aiyaaaaa ” – Kayrul Anuar

“Kerajaan Malaysia kerajaan saman. Habis benda nak saman rakyat ” – Pokmie Kemaman

“bapak dia lah boleh dine in tapi tak boleh lama , suka hati lah lama lama pon , bukan nya kdai sediakan 3 meja banyak lagi meja . ” – Mohd Ilham

“Terbaik pdrm… Ne semua jenis tak faham bahasa bodoh bebal piang… Klu tak makan kat luar mcmtu kat rumah akan mati kelaparan… Syabas pdrm… Tingkatkan usaha… Ajar sikit spesis tak faham bahasa ne… Harap denda tu dpt naikkan lagi… Apa pun pdrm terbaik… ” – فيرول خايزوران ابو

“dalam SOP ada tulis ke berapa lama customer boleh duduk ? ” – Mohd Ilham

” dan, yg ko sibuk dine in sampai 11.30 mlm sapa suruh… kedai tutup kol 10 mlm wey ” – Zulkpli Yahya Zulwarden

“Pengusaha pun dh tahu kul 10mlm tutup terus dh kenapa kul 11.30 mlm masih ada pelanggan .Tak dgr arahan memang patutlah disaman..jgn Salah org lain Salah kan diri sendiri….saya niaga pun kul 9.30 dh kemas kul 10 dh clear tutup … ” – Jrfoodhouse Anddrink

sumber: K! ONLINE

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.