“X salah pown nak pakai cosplay pegi vaccine… Bkn nya menyusah kan sesapa.. Yg menyusah kn tu yg anti vaksin..” – netizen

Jarang keluar punya pasal, ramai yang mengambil peluang untuk bergaya sakan ketika mendapatkan vaksin. Daripada berpakaian kostum dinosour, jadi hantu sampailah bergaya dengan tuala di kepala bukan main sakan lagi orang ramai dilihat berfesyen untuk pergi ke pusat pemberian vaksin (PPV).

“Pakai elok-elok ambil vaksin”

Tapi dalam seronok bergaya, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun tertarik untuk menegur sesetengah individu supaya mengenakan pakaian yang bersesuaian ketika mendapatkan vaksin.

Selebriti itu turut menasihatkan orang ramai untuk kekal bersederhana dan tidak perlu membuat gimik di tempat awam.

“Pakailah elok elok untuk ambil vaksin. Vaksin saja pun. Tak perlu gimik sampai kena pakai baju kelawar isteri, jadi hantu apa semua.

“Saya tak tahu adakah ia ‘marketing strategy’ (strategi pemasaran) atau apa. Awal-awal macam terhibur, lama-lama jadi ngeri pula,”

@gorongitnah hantu pun vaksin! kamu yg antivacc tu lebih teruk dari hantu 🤣 crdit to owner video ✨ sumber : whatsappgroup♬ original sound – Gurangak2.0

Sebelum ini, terdapat beberapa buah video yang tular di sosial media mengenai pelbagai fesyen yang dikenakan oleh orang awam ketika berkunjung ke PPV bagi mendapatkan vaksin telah mendapat perhatian netizen.

Antara yang menarik perhatian adalah jelmaan Valak iaitu watak hantu dalam filem The Conjuring, Minnie Mouse, Puteri Hang Li Po, watak hantu dalam filem kantonis serta watak-watak adiwira seperti Batman, Spider-Man, Ultraman, Predator dan Joker.

“xpelah yg penting tidak mngaibkan .. sekurangnye depa pergi pakai baju ” – Saiful Bahrin

“X salah pown nak pakai cosplay pegi vaccine… Bkn nya menyusah kan sesapa.. Yg menyusah kn tu yg anti vaksin.. Simpan je la nasihat tuu utk family sendiri ye…” – Nabila Amjad

“Biar je lah diorang midun…pihak berkuasa pun okey je suruh diorang masuk ambil vaksin..mungkin salah satu terapi diri utk keluar dari stresss sebab terkurung lama…mana Kita tau!
Niat mereka mungkin utk menghiburkan frontliners” – Nana Yuttai

“Adui… Bukan sbb nk viral dan famos.. Tpi utk mengalakkan org utk prgi vaksin tanpa rasa takut.. ” – Shafiq Runner Sibu

Sumber : Sudirman Mohd Tahir/Harian Metro

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.