Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Salam admin dan salam semua yg membaca kisah aku. Mula mula aku nak ucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi terima cerita aku untuk dijadikan bahan bacaan umum.

Sewaktu aku sedang menulis kisah ini, aku masih dalam keadaan sebak dan masih sedih. Perkara ni berlaku apabila aku m4kin tertekan dengan mak aku sendiri. Kisahnya bermula apabila aku rasakan yang aku m4kin ditekan sehingga ke pelusuk hati sehingga aku sebagai seorang lelaki tertumpah air mata kerana memikirkan keluarga sendiri. Aku adalah anak ketiga dari 6 orang adik beradik.

Aku punyai abang dan kakak di atas aku dan adik – adik aku semua lelaki. Hanya seorang sahaja perempuan dalam keluarga aku dan juga adik beradik kami semua masih belum berkahwin. Abang aku dan aku telah bekerja, abang aku seorang peniaga pasar malam manakala aku bekerja sebagai pegawai tinggi badan uniform di Putrajaya. Kakak aku masih menganggur setelah mendapat master dalam akauntan.

Adik – adik aku masih belajar, seorang di Indonesia, seorang di UIA dan lagi seorang di sekolah tahfiz Perak. Cerita aku bermula apabila aku mula bekerja di Putrajaya. Alhamdulillah gaji aku amat memu4skan dan mampu untuk menyara diri di bandar ini. Akibat dari gaji aku yang amat memu4skan ini, aku tak lupa untuk kirimkan duit kepada mak ayah aku di kampung.

Ini kerana aku hargai jasa mereka membesarkan aku selama aku hidup, shinggalah aku berjaya ke tahap sekarang. Setiap bulan aku akan masukkan RM300 kepada akaun mak aku dan juga RM300 kepada akaun ayah aku dan aku sentiasa balik setiap bulan untuk ambil bil api, air, juga 4stro untuk dibayarkan. Perkara ni memang wajib aku buat setiap bulan sehinggalah mak aku perasan dalam akaun dia ada RM4k sewaktu semak duit br1m.

Dia tanya pada abang aku, adakah abang aku yang masukkan duit kepada dia? Sudah tentu abang aku cakap tidak dan sewaktu tu lah dia tanya pula kepada aku. Aku cakap ya, memang aku lah yang berikan dia duit tu semua, dia jadi seronok. Akibat dari seronok yang dia rasa., aku nampak dengan duit yang aku berikan, dia pergi beli barang kemas, masuk kelas umrah.

Derma kepada anak – anak yatim dan aku juga seronok bila melihat dia buat perkara berfaedah dengan duit aku. Tapi dia terlupa, dia masih ada 3 orang anak yang masih belajar dan adik – adik aku mula terabai selepas dia dapat guna duit aku untuk buat semua perkara baik tu. MasaIah tentang adik – adik aku ni, mereka memang dah biasa hidup sederhana tanpa wang ringgit yang banyak.

Sampai adik aku di UIA, dengan berbekalkan RM50 boleh survive 1 bulan hidup di sana siap berbaki 5 ringgit sewaktu aku datang jenguk dia. Jadi, mereka memang jarang nak minta duit kat mak ayah kami. Ayah aku pula tak pernah sentuh duit yang aku bagi kat dia. Ayah aku ada masalah eg0 sikit, dia tak nak duit anak – anak. Walaupun haritu aku isikan minyak kereta dia setelah aku guna, pun kena marah.

Sebab eg0 dia memang tinggi dan tak nak guna duit anak – anak. Sewaktu aku balik untuk jelaskan bil air, elektrik, dan 4stro, berapa kali aku kena marah tapi aku tak ambil kisah pon, malah aku gelakkan ayah aku lagi sebab pelik ya amat. Kenapa nak marah sedangkan aku tolong dia. Mak aku pula tak kisah malah m4kin seronok dan perkara ni aku sedar selepas dia dah habiskan duit aku 4k tu, dia ada telefon dan minta aku masukkan lagi 1k.

Aku terk3jutlah dan tanya kenapa, lalu dia cakap dia nak guna untuk daftar melancong. Sewaktu tu, aku tak nak beri sebab aku nak bantu belikan motor kat adik aku di UIA. Masa tu aku baru perasan yang mak aku dah naik mengeluh dan terus letak telefon tanpa beri salam. Tapi seminggu lepas tu, ayah aku pula yang telefon minta kebenaran aku untuk berikan duit yang dalam akaun dia yang selama ni aku beri untuk ayah kepada mak aku.

Aku terk3jut, kenapa ayah nak minta kebenaran aku, lalu ayah pun beritahu, yang selama ni dia perasan aku masukkan duit dalam akaun dia tapi ayah aku simpan untuk belanja kahwin aku nanti bila aku dah sedia nak berkahwin. Aku sedih masa tu, dan aku cakap kat ayah aku untuk fikirlah sendiri sama ada nak beri pada mak aku atau terus simpan je.

Akhirnya, aku tahu ayah aku berikan juga kat mak aku dan mak aku pergi melancong ke Indonesia dan sempat juga menjenguk adik aku yang masih belajar di sana tapi yang hairannya dia tak beri duit belanja pula pada adik aku di sana. Malah suruh adik pula yang telefon aku dan bank in duit belanja pada adik. Aku dah mula naik pelik, nak tak nak aku tetap beri kat adik.

Sewaktu dia balik dari melancong, mak ada mesej suruh aku belikan barang dapur. Aku pun setuju dan aku minta tolong abang aku untuk sama sama belikan barang dapur sebab aku ni kadang buta kayu nak beli barang dapur. Jadi kami pergiIah beli dan abang aku pun sama sama nak bayarkan barang dapur. Anak lelaki pergi beli barang dapur, habis tunggang langgang.

Habis penuh satu van abang aku sebab kami ni beli ikut dan je. Kebanyakan kami beli dengan harga pukal macam nak kenduri dan kami bawa la balik kampung. Sewaktu kami sampai, mak dan ayah kami terk3jut sebab barang dapur yang kami beli tu terlalu banyak dan sewaktu tu mak aku terus anggap abang aku untung berniaga sampai beli banyak ni.

Tapi abang aku tetap kata aku yang bayar sedangkan kami bayar bersama tapi mak aku tetap berkeras cakap abang aku juga yang belikan barang ni semua dan ucap terima kasih kat abang je. Aku senyap je.. Aku dah mula rasa yang aku ni dah dipandang lain oleh mak sendiri. Selepas kejadian tu, aku mula nampak yang mak aku mula dah nak minta minta pada kami 2 beradik yang bekerja.

Tapi kami still tak kisah sebab kadang dia minta tak banyak. Lepas tu kami perasan yang kakak aku yang berada di rumah masih menganggur, mula minta duit pada kami. Kakak aku ni jarang nak mintak dekat abang sebab kakak tak berani dengan abang. Jadi, dia banyak kali minta dengan aku untuk nak bayar duit servis kereta dia, roadtax dan belanja bulanan dia.

Bila aku tak beri, dia cakap ni mak yang suruh minta. Bantu dia bayarkan kereta dia dan beri duit bulanan. Aku pada mulanya aku beri. Tapi dalam bulan yang seterusnya, kakak aku masih minta lagi. Aku m4kin tertekan, aku terus beritahu abang dan abang akulah yang marah dia sebab tak bekerja dan asyik meminta pada aku.

Sedangkan aku masih lagi bayarkan bil rumah dan tetap berikan duit kat mak ayah aku sebab da jadi habit. Tapi kakak aku tak berhenti, dia terus ceritakan kat mak yang aku tak beri dia duit belanja. Kemudian, mak pula telefon aku dan marahi aku, aku pun dengan berat hati tetap berikan duit kepada kakak aku.

Perkara ni m4kin memuncak bila satu hari tu mak aku ada mesej abang aku untuk berikan dia duit tambahan sebab dia nak pergi melancong lagi. Dan dalam masa yang sama, kakak aku pula nak ikut sekali. Mereka berdua minta pada abang tapi abang tak dapat nak beri lebih sebab perniagaan abang aku tak berapa menjadi bulan tu. Lalu mereka mula telefon aku dan meminta perkara yang sama.

Aku dah mula naik g1Ia dan memarahi mereka sebab memandang aku sebagai kaki cop duit. Pada petang tu aku nekad aku akan balik dan ceritakan kepada ayah semua ni. Aku minta abang aku temankan balik kampung petang tu. Mulanya abang aku tengah siap nak ke pasar malam, tapi dia ikut juga temankan aku ke rumah.

Sampai je di rumah aku terus dapatkan ayah aku yang baru habis solat asar dan aku ceritakan kat ayah aku mengenai mak dan kakak dan perkara yang aku da buat. Selama ni kat rumah ni yang aku bayarkan semua dan sanggup berkongsi dengan abang untuk beli barang dapur hampir setiap bulan selepas mak balik melancong. Ayah menyebeIahi aku dan marah mak dan kakak sebab asyik meminta duit kami.

Pada masa tu aku nampak, mak amat marahkan aku tapi aku tak kisah pun sebab rasa dah puas dapat pertolongan ayah. Selepas isu tu nampak selesai, aku mengambil keputvsan untuk lepak rumah bersama abang dan tidur semalaman sebelum pulang ke Putrajaya keesokan hari. 2 minggu lepas kejadian di rumah, aku dengar kakak aku tetap ke luar negara melancong dengan mak aku.

Aku tak tahu dari mana datangnya duit mereka hinggalah, seminggu selepas mak dan kakak aku balik dari bercuti, aku dapat surat dan mesej dari bank yang aku telah overuse kad kredit aku. Aku dah geIabah. Bila pula aku guna kad kredit sampai overuse. Sedangkan aku dah lama tak guna kad kredit. Kad kredit aku sentiasa tersorok dalam dompet. Kadang tu berbulan aku tak guna.

Bila aku tengok transactions, baru aku tahu yang kakak aku curi kad kredit aku sewaktu aku di rumah dan dia gunakan kad kredit aku untuk melancong dan beli apa yang dia nak dengan mak. Aku terus telefon ayah aku ceritakan semuanya. Ayah aku terus meng4muk kat mak direct selepas aku ceritakan pada dia. Dan mak aku terus ramp4s telefon dan minta aku buktikan yang kakak dan mak aku guna kad kredit aku.

Sewaktu dalam telefon dia dah mula sump4h seranah aku sampai ayah aku pun naik angin. Lalu ayah aku ramp4s telefon dia dan minta aku balik segera dengan bukti. Petang lepas habis kerja aku terus balik dengan abang lagi sekali bersama surat bank untuk tunjukkan kat mak dan kakak depan ayah aku. Sampai di rumah, ayah tengah solat magrib di masjid.

Aku dengan abang memang tak dapat masuk rumah sebab mereka tak bukakan pintu. Sesampai je ayah, aku terus tunjukkan surat tu kat dia, dan masa tu baru mak aku keluar dan ramp4s surat bank dan koyakkan pastu kata kami fitn4h dia dan kakak. Abang aku terus back up aku dari tuduhan mak aku dan ayah terus Iempang kakak dan minta kakak pulangkan kad kredit aku, tapi kakak berm4tian kata dia tak ambil.

Sehingga ayah nak Iempang lagi sekali, barulah kakak mengaku dia ambil kad kredit aku dan dia pulangkan. Mak aku terus kata dia dah tak nak tengok muka aku dengan abang lagi kat rumah, dia suruh jangan balik lagi. Tapi ayah pula back up kami. Sewaktu tu ayah suruh kami balik Putrajaya dulu tenangkan fikiran dan kami akur. Sebelum kami nak balik mak ada cakap, dia harapkan musibah berlaku ke atas kami.

Tapi kami tak ambil endah pun. Sewaktu dalam perjalanan ke Putrajaya, berkat cakap dari mulut si ibu, kami kemaI4ngan. Kereta kami berIanggar dengan 4×4. Dan kereta saya pon total lost. Tapi kami selamat tiada ced3ra apa – apa. Sekarang, saya tak tahu apa nak dibuat. Kenapa mak sanggup buat saya dan abang macam ni? Kenapa mak sanggup berubah sangat drastik. Hanya kerana duit.

Saya minta izin kepada ayah untuk tak nak pulang kampung. Tapi ayah tetap suruh pulang. Apa perlu saya buat? Adakah terbaik untuk saya pulang ataupun tidak? – Anak Ibu dan Ayah

Sumber mediaciteheboh

By The Klasik

"Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya.."