MITI Lulus Lebih Banyak Sektor Beroperasi Ketika PKPD di SeIangor, Bermula Hari Ini.

Sumber : lobakmerah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam memutuskan lebih banyak sektor kini dibenarkan beroperasi di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor bermula hari ini.

Menurut Astro AWANI, keputusan tersebut juga telah dipersetujui dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dibincangkan bersama antara MITI, Menteri Kewangan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

MITI Lulus Lebih Banyak Sektor Beroperasi Ketika PKPD di SeIangor, Bermula Hari Ini.

Sektor yang dibenarkan beroperasi adalah seperti berikut:

  • Elektrik dan elektronik serta rantaiannya
  • Aeroangkasa (penyelenggaraan, pembaikan dan pemulihan) 
  • Mesin dan peralatan yang khusus kepada pengeluaran produk kesihatan dan makanan 
  • Syarikat pembuatan makanan dan minuman utama 

Langkah tersebut diambil atas alasan sektor-sektor ini dilihat sebagai penting dalam rantaian bekalan antarabangsa dan tempatan.

MITI ingin memaklumkan keputusan ini dibuat berikutan peranan sektor-sektor ini yang penting dan signifikan dalam menyokong pengeluaran produk-produk di dalam rantaian bekalan global serta pengeluaran kritikal bagi sektor kesihatan dan makanan dan minuman di dalam negara,” katanya.

MITI Lulus Lebih Banyak Sektor Beroperasi Ketika PKPD di SeIangor, Bermula Hari Ini.

Menurutnya lagi, syarikat-syarikat dalam sektor terbabit boleh memulakan semula operasi dengan menggunakan surat kelulusan ᴄᴏᴠɪᴅ 19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 sedia ada yang mempunyai akronim ‘PKP 3.0’ serta bertarikh Jun 2021 ke atas.

Senarai produk makanan dan minuman utama terbabit telah disenaraikan dalam SOP Pengilangan dan Pembuatan PKPD Selangor di laman web MITI.

Media melaporkan bahawa 60 peratus kes kluster tempat kerja pada bulan pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) berpunca dari kilang.

Memetik laporan MalaysiaKini, Dewan Perniagaan dan Industri India Bersekutu Malaysia (Maicci) berkongsi nota taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hujung minggu lalu berhubung perincian kluster.

Menurut nota tersebut, data tersebut mendapati 18,065 kes berkait dengan kilang dalam tempoh bermula 1 Jun hingga 1 Julai, iaitu sebanyak 436 kluster dikesan di tempat kerja dengan 227 dari sektor pembuatan.

Data tersebut juga mendapati 85 kluster sektor pembuatan terletak di Selangor.

Namun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali minggu lalu berkata bahawa adalah tidak adil untuk menyalahkan sektor pembuatan atas peningkatan jumlah kes ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Beliau mendakwa bahawa kes sektor pembuatan hanya merangkumi sebahagian kecil daripada keseluruhan kes yang dilaporkan.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.