“Ya Allah beratnya rasa ujian ini, Bapak pergi dulu, nanti Ebit sampai..” – Bapa Ebit Lew meninggal dunia, Salam Takziah.

Minggu lalu, pendakwah bebas Ebit Lew berkongsi perkembangan di mana beliau telah melawat ayahnya yang sedang tenat di hospital setelah kembali dari misi kemanusiaan di Gaza.

Namun pada hari ini, netizen dikejutkan dengan berita pemergian bapa pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew terbabit. Perkhabaran duka itu dikongsi sendiri oleh pendakwah berusia 37 tahun itu menerusi laman sosial Facebook miliknya, petang ini.

Pinta Doa Orang Ramai

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak,” coretnya sayu.

Difahamkan lagi, jenazah arwah bapanya Ibrahim Lew kini berada di Gleneagles Hospital dan bakal dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Seterusnya, jenazah akan dibawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk disemadikan di sana.

“Saya dalam perjalanan ke Gleneagles Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang.

Dalam pada itu, pemilik perusahaan Elewsmart itu turut meminta doa daripada orang ramai dan memohon agar menghadiahkan al-Fatihah buat arwah bapa tercinta.

“Mohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan Al-Fatihah,” kata beliau.

“Ya Allah beratnya rasa ujian ini, Bapak pergi dulu, nanti Ebit sampai..

Terdahulu, Ebit berkongsi bahawa keadaan bapanya sudah semakin tenat kerana sel kanser telah merebak ke seluruh badan.

Lebih mengharukan lagi ketika bapanya masih sedar, arwah sempat menitip pesan sewaktu beliau di luar negara agar meneruskan misi kemanusiaan dengan membantu orang lain sampai bila-bila.

Sejak April lalu dilaporkan bapa Ebit dimasukkan ke hospital dan tahap kesihatannya merosot.

Pendakwah itu juga sering menziarah dan menjaga bapanya sepanjang bapanya dirawat di hospital.

“Ya Allah beratnya rasa ujian ini, Bapak pergi dulu, nanti Ebit sampai..

Allahuakbar, ramai yang bersedih dengan perkhabaran ini. Terima kasih bapa Ustaz Ebit Lew kerana telah membesarkan & mendidik seorang insan hebat. Salam takziah. Al-Fatihah.

Sumber: Facebook Ebit Lew

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.